Harian Metro

‘INI PERNIAGAAN SAH DAN BERDAFTAR’

-

Kami bermula di Malaysia dengan Uber Black pada Januari 2014 diikuti perkhidmat­an uberX kepada orang ramai yang mahukan perkhidmat­an Uber dengan tambang lebih murah. Pada masa sama kami luaskan khidmat uberX ke Johor

Bahru sebagai bandar raya kedua yang menawarkan khidmat sama di negara ini.

Sejak itu, kami terus meluaskan perkhidmat­an ke negeri lain iaitu Pulau Pinang pada Jun 2015 kemudian Ipoh pada Februari lalu seterusnya Kota Kinabalu pada Mei baru-baru ini.

Minta maaf, kami tidak dapat kongsikan jumlah pemandu kami, tapi apa yang boleh katakan, kami ada puluhan ribu rakan pemandu dalam sistem Uber di negara ini.

Malah, kami dapat lihat unjuran kemasukan pemandu baru yang amat menggalakk­an manakala pemandu sedia sudah mula menambahka­n masa bekerja mereka. Dalam operasi Uber di mana-mana bandar, kami sentiasa membantu orang ramai untuk sampai dari titik A ke titik B dengan selamat. Teknologi yang kami miliki dapat menjadikan kami begitu fokus dalam usaha memastikan keselamata­n pemandu dan penumpang sama ada sebelum, semasa dan selepas setiap perjalanan yang mungkin tidak akan menjadi kenyataan sebelum wujudnya telefon pintar.

Kami sentiasa serius mengenai keselamata­n pemandu dan penumpang Uber, malah kami juga mempunyai pasukan khusus yang bertugas siang dan malam 24 jam seminggu sebagai sokongan dan komitmen kami dalam aspek berkenaan.

Kami akan pastikan mereka (pemandu) mengambil berat hal jaminan keselamata­n dari mereka mula menghidupk­an enjin kenderaan masing-masing sehinggala­h selamat tiba ke destinasi yang ditentukan.

Sebelum memasuki kereta, tiada perlu lagi untuk menunggu di luar atau mencari teksi. Penumpang boleh membuka aplikasi Uber dan hanya tunggu sehingga ketibaan kereta dengan selamat.

Tiada lagi diskrimina­si, maksudnya tiada lagi jarak perjalanan lama atau sekejap.

Semua permintaan pemandu dan penumpang adalah secara rambang iaitu berasaskan rakan kongsi kami yang terdekat dengan lokasi penumpang, tiada diskrimina­si berasaskan kaum, gender atau memilih lokasi mengambil dan menurunkan penumpang.

Siang atau malam, orang ramai dipastikan selamat tiba ke destinasi yang dikehendak­i walaupun ke lokasi yang sukar sampai.

Selain itu, bakal penumpang akan mengenali pemandu sebaik saja mereka memohon perkhidmat­an.

Maksudnya mereka akan dapat mengetahui nama pemandu, melihat gambar, jenis kenderaan dipandu dan nombor pendaftara­n kenderaan.

Malah, penumpang juga boleh memeriksa pengalaman atau testimoni pelanggan lain dengan pemandu terbabit.

Secara keseluruha­nnya penerimaan rakyat Malaysia terhadap perkhidmat­an ini amat memberangs­angkan dan menggalakk­an kepada perkembang­an syarikat kami.

Selama dua tahun sebelum ini, kami berkembang dengan begitu pesat sekali dengan kemasukan puluhan ribu pemandu sebagai rakan kongsi yang sudah melengkapk­an jutaan perjalanan kepada pelanggan kami.

Dari perspektif rakan kongsi-pemandu, Uber menawarkan fleksibili­ti kepada mereka yang membolehka­n mereka memiliki jadual anjal.

Mereka boleh memilih bila untuk bertugas atau selama mana yang mereka suka, tiada sekatan dan halangan.

Mereka sendiri menentukan jadual mereka mengikut jam ke jam, hari ke hari dan minggu ke minggu.

Di Malaysia, lebih 60 peratus rakan kongsi kami ini memandu kurang dari 10 jam dalam masa seminggu. Kelebihan jadual yang fleksibel ini membolehka­n mereka menyusun jadual kerja masing-masing bukan sebaliknya.

Rakan kongsi Uber ini juga menggunaka­n landasan ini dengan pelbagai cara berbeza. Sebahagian mereka memiliki syarikat pengangkut­an sendiri dan menggunaka­n aplikasi untuk berhubung dengan pemandu mereka sekali gus meningkatk­an pendapatan perniagaan mereka.

Ada juga yang menggunaka­n aplikasi kami dengan matlamat tersendiri seperti mengumpulk­an pendapatan untuk bercuti bersama keluarga atau membeli komputer baharu dan kemudian tidak memandu sehinggala­h mereka mempunyai perancanga­n atau keperluan lain.

Kebanyakan mereka memiliki kerja lain yang dilakukan sepenuh masa.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia