Harian Metro

Polis tahan lima penyamun

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Polis memberkas lima lelaki yang disyaki melarikan RM15,000 milik sebuah kedai makanan sejuk beku di Lavender Height, Senawang, di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, empat daripada lelaki ditahan itu dikenal pasti sebagai pekerja premis yang bersekongk­ol melakukan jenayah berkenaan.

Katanya, dalam kejadian 11 malam pada Rabu lalu, pihaknya menerima laporan sebuah premis dipecah masuk.

Menurutnya, siasatan polis mengesyaki ia dilakukan ‘orang dalam’.

“Semua suspek berusia 20-an dan pihak polis menemui semula RM7,130 yang dilarikan mereka,” katanya.

“Saya terpaksa menepis parang tajam itu menggunaka­n tangan kosong. Jika tidak mungkin kepala saya akan putus,” luah Lim King Seng, 33, yang menjadi mangsa samun dua penjenayah.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi kelmarin, mangsa kehilangan jari kelengkeng selepas ditetak penjenayah di Bandar Menjalara, di sini.

Mangsa yang bekerja di sebuah restoran sebagai tukang masak berkata, serangan berlaku sebaik dia keluar dari rumah sewa untuk ke tempat kerja.

Menurutnya, dua

lelaki tempatan yang menunggang motosikal bertindak menghampir­inya ketika dia sedang berjalan kaki bersendiri­an.

“Salah seorang penjenayah bersenjata­kan parang terus melibas senjata tajam itu ke arahnya tanpa sebarang amaran.

„ Lelaki parah guna tangan pertahan diri ketika diserang

“Mujur saya menyedari tindakanny­a sebelum menepis senjata itu menggunaka­n tangan. Akibatnya tapak tangan saya parah,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian menetak parang itu ke arah belakang tubuhnya.

“Dalam keadaan kesakitan, penjenayah merampas beg sandang dibawa sebelum melarikan diri. Saya kemudian mendapatka­n bantuan dari rakan sekerja di restoran sebelum dihantar ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Menurutnya, kejadian itu jari kelengkeng tangan kirinya dipotong berikutan kecederaan parah dialami.

“Malah jari manis dan dan jari hantu saya turut berisiko dipotong berikutan urat sarafnya sudah putus.

“Tapak tangan kanan saya turut gagal merasai apa-apa. Doktor memberi tempoh selama dua minggu bagi melihat sama ada kedua-dua jari itu masih boleh berfungsi atau sebaliknya sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya.

Dia yang ditemui di HKL semalam, turut kerugian wang tunai RM1,000 dan telefon bimbit yang dilarikan penjenayah.

 ??  ?? LIM kini dirawat di HKL. Gambar kecil, tangan kiri Lim yang cedera akibat ditetak penyamun.
LIM kini dirawat di HKL. Gambar kecil, tangan kiri Lim yang cedera akibat ditetak penyamun.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia