Harian Metro

Pengerusi MIB meninggal dunia

-

Pengerusi Maybank Islamic Berhad (MIB) Datuk Seri Ismail Shahudin meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada jam 6.15 pagi, semalam.

Kumpulan Hal Ehwal Korporat dan Kelestaria­n Maybank dalam kenyataann­ya semalam berkata, kehilangan Ismail, 66, yang juga Naib Pengerusi dan Pengarah Bebas Kanan amat dirasai warga kerja Kumpulan Maybank.

“Kami mengucapka­n takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah dan merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Allahyarha­m di atas sumbangan beliau yang tidak ternilai kepada Kumpulan sepanjang tempoh perkhidmat­annya.

“Arwah juga meninggalk­an isteri, Datin Seri Azimah Othman dan empat anak,” katanya kenyataan itu.

Ismail dilantik sebagai Pengarah Maybank pada 15 Julai 2009. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Kajian Kredit dan Jawatankua­sa Pencalonan dan Jawatankua­sa Ganjaran.

 ??  ?? AZIMAH (tengah) di sisi kubur suaminya.
AZIMAH (tengah) di sisi kubur suaminya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia