Harian Metro

Pekerja panik transforme­r terbakar

-

Pekerja Kompleks PETRONAS LNG panik apabila sebuah transforme­r iaitu sejenis alat pengubah arus elektrik di kompleks pengeluara­n gas asli cecair itu terbakar, semalam.

Bagaimanap­un, kecekapan anggota Pasukan Intervasi Pertama, Malaysia LNG Sdn Bhd berjaya mengawal kebakaran daripada merebak dan membahayak­an pekerja di kompleks itu.

Kebakaran disedari pekerja pada jam 9.40 pagi sebelum menghubung­i pasukan terbabit untuk memaklumka­n kejadian.

Jurucakap Jabatan Perhubunga­n Awam Malaysia LNG Sdn Bhd berkata, kebakaran berjaya dipadamkan jam 10 pagi.

Menurutnya, kejadian itu tidak membabitka­n kecederaan pekerja yang berada di kawasan kompleks berkenaan.

“Kejadian itu juga tidak menjejaska­n pengeluara­n LNG yang dikeluarka­n kompleks berkenaan.

“Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan pasukan khas yang ditubuhkan,” katanya

 ??  ?? KEBAKARAN transforme­r di Kompleks PETRONAS LNG, semalam.
KEBAKARAN transforme­r di Kompleks PETRONAS LNG, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia