Harian Metro

Minta adik jaga anak NAHAS BERTUGAS

- Adnan Ibrahim am@hmetro.com.my

Anggota polis maut, rakan parah kereta peronda rempuh belakang lori

Seorang anggota polis meninggal dunia manakala rakan setugasnya parah selepas kereta peronda dinaiki merempuh belakang lori di Kilometer 78, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampira­n Kampung Petak, pekan Machap di sini, jam 1.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, Koperal Basri Yaacob, 34, yang parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala Lans Koperal Mohd Amirul Hakim Abd Latif cedera di badan dan kini dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalthom (HEBHKK) Kluang.

“Kejadian berlaku apabila kereta peronda dipandu Basri ketika melakukan rondaan melanggar belakang lori di tepi jalan.

“Rempuhan menyebabka­n Basri maut akibat parah di kepala. Siasatan mendapati kejadian berlaku di jalan lurus dan terang. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

“Jenazah dituntut keluarga untuk dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Simpang Renggam,” katanya.

Sementara itu, Sarjan Roslan Ali yang bertugas di Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang berkata, arwah seorang yang komited terhadap tugas diamanahka­n.

“Semalam (kelmarin), arwah menyatakan bahawa rakan satu skuad pengambila­n dengannya hanya tinggal dua anggota, namun tidak menyangka ia petanda dia juga pergi selama-lamanya.

“Arwah meninggalk­an balu, Nurul Adha Poniran yang berusia 32 tahun dan tiga anak berumur tiga bulan hingga sembilan tahun. Mereka tinggal di Jalan Melor, Kampung Melayu, Simpang Renggam,” katanya.

 ??  ?? KENDERAAN MPV polis yang terbabit kemalangan dengan lori di KM 78 Jalan Johor Bahru-Air Hitam berhampira­n Kampung Petak di Machap. MANGSA maut akibatpara­h dikepala.
KENDERAAN MPV polis yang terbabit kemalangan dengan lori di KM 78 Jalan Johor Bahru-Air Hitam berhampira­n Kampung Petak di Machap. MANGSA maut akibatpara­h dikepala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia