Harian Metro

Pelepasan pulang bersyarat

-

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menunggu maklumat lengkap daripada hospital di London, United Kingdom (UK) mengenai kos diperlukan bagi membawa doktor bersama jururawat dan kelengkapa­n yang perlu dalam penerbanga­n membawa pulang Mohamad Sahar Md Noor, 57.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya juga berbincang dengan syarikat penerbanga­n untuk menguruska­n usaha membawa balik Ketua Kerani Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Negeri Sembilan itu.

Menurut beliau, pihaknya menjangkak­an usaha membawa pulang

Mohamad Sahar dapat dilakukan seawal-awalnya esok.

“Pihak hospital beri pelepasan untuk membawanya pulang mendapatka­n rawatan di Malaysia, tetapi bersyarat iaitu mesti ada doktor dalam pesawat bagi memantau jika ada kecemasan.

“Penerbanga­n dari London ke Malaysia panjang dan pihak hospital menetapkan kena ada jururawat juga serta peralatan yang sama digunakan untuk merawat Mohamad Sahar di hospital.

“Pihak hospital sedia beri pelepasan dengan syarat itu dan kita kena penuhi ketetapan berkenaan,” katanya pada Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Kuala Terengganu di sini, semalam.

Johor Bahru: Tindakan dua lelaki memandu secara melulu sehingga melanggar tujuh kenderaan pelbagai jenis akibat dikejar enam kereta peronda polis mencetuska­n kegemparan pengguna jalan raya di Taman Setia Tropika di sini, jam 6 petang kelmarin.

Kenderaan dilanggar membabitka­n kereta peronda polis, Proton Saga, masing-masing dua Perodua Axia dan Myvi serta lori.

Suspek melarikan diri menggunaka­n Proton Iswara dicuri di stesen minyak di Taman Impian Emas, Skudai sejam sebelum itu.

Polis mengesan suspek sebelum mengejar Proton Iswara itu dari Jalan Kempas-Seelong di sini, hingga ke Taman Setia Tropika selama 10 minit.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, polis menahan dua suspek yang lari ke kawasan semak berhampira­n selepas Proton Iswara itu dikepung.

“Dalam cubaan melarikan diri, suspek melanggar tujuh kenderaan pelbagai jenis di Jalan Kempas Baru berhampira­n lampu isyarat Jalan Permatang Kempas.

“Seorang anggota kami cedera di lutut serta tangan ketika berusaha menahan suspek. Pemeriksaa­n terhadap kedua-dua lelaki berusia 25 tahun itu mendapati mereka mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya semalam.

Dalam kes berasingan, polis menahan tiga lelaki berusia 19 tahun hingga 24 tahun selepas pemeriksaa­n terhadap mereka menemui 360 gram ganja di Kempas, jam 7.30 petang kelmarin.

Mohd Taib berkata, terdahulu, pihaknya ke Kampung Seri Aman untuk merisik maklumat mengenai kes curi kenderaan.

“Tiba di Jalan Sentosa, Kampung Seri Aman, kami terserempa­k dengan tiga lelaki menunggang motosikal. Mereka ditahan dan ketika pemeriksaa­n, kami menemui dua ketul daun kering mampat dalam beg sandang dibawa.

“Ujian air kencing mendapati dua daripada suspek positif ganja. Mereka kini ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

 ??  ?? CUBAAN curi kenderaan gagal apabila kereta suspek yang dikejar polis melanggar tujuh kenderaan di Jalan Kempas Baru, semalam.
CUBAAN curi kenderaan gagal apabila kereta suspek yang dikejar polis melanggar tujuh kenderaan di Jalan Kempas Baru, semalam.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia