Harian Metro

TIGA

-

san membuat rawatan IVF.

Katanya, sebelum ini, dia berusaha dengan beberapa kaedah moden dan tradisiona­l termasuk berurut, tetapi ketika itu belum lagi ada rezeki.

Sementara itu suri rumah Norizwani Farhan Daud, 31, yang hamil kali keempat dengan rawatan IVF berharap kehamilan kali ini memberi sinar baru kepadanya selepas dua kali mengalami keguguran pada 2015 dan 2014.

Menurutnya, komplikasi yang dihadapi semasa mengandung menyebabka­n kehamilann­ya kali ini memerlukan pemantauan rapi dari pihak hospital.

“Saya mencuba banyak cara untuk mendapatka­n anak dan ini kali ketiga saya membuat rawatan IVF.

“Dua rawatan IVF sebelum ini pun berjaya tetapi saya berdepan komplikasi sebaik memasuki trimester kedua iaitu keguguran. Saya berharap dan berdoa kandungan kali ini selamat hingga cukup bulan,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Klinikal IVF Hospital Pantai Dr Adilah Ahmat berkata, umur wanita adalah faktor yang sangat penting dalam memastikan peratusan untuk mengandung itu tinggi.

Katanya, wanita berusia bawah 35 tahun mempunyai peluang sehingga 57 peratus untuk mengandung melalui rawatan IVF berbanding umur 38 tahun yang mempunyai peluang sebanyak 20 peratus.

 ??  ?? KELUARGA dan doktor bergambar bersama pada program Its Miracle Babies di Hospital Pantai Kuala Lumpur.
KELUARGA dan doktor bergambar bersama pada program Its Miracle Babies di Hospital Pantai Kuala Lumpur.
 ??  ?? MAHADI (kiri) dan Shahrimi bersama anak kembar tiga mereka.
MAHADI (kiri) dan Shahrimi bersama anak kembar tiga mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia