Harian Metro

Badan kehakiman buktikan kecekapan

-

Kuala Lumpur: Kejayaan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen di beberapa negeri menyelesai­kan lebih 80 peratus kes sivil dan jenayah sehingga Mei tahun ini menunjukka­n tahap kecekapan badan kehakiman, sekali gus mampu meningkatk­an keyakinan orang awam terhadap institusi itu.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata, kejayaan itu adalah disebabkan permintaan tinggi di dalam industri perdaganga­n supaya sesuatu pertikaian perdaganga­n dapat diselesaik­an dalam tempoh singkat.

“Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk kes sivil dan jenayah kedua-duanya mencatatka­n peratusan yang tinggi (penyelesai­an kes), juga beberapa negeri lain, tetapi bagi Pulau Pinang, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang masih berada di bawah 80 peratus.

“Mungkin ada sebab-sebab tertentu dan kita ambil maklum mengenai perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Pegawai Kehakiman 2016 di sebuah hotel di sini, semalam.

Persidanga­n yang bertemakan ‘Towards Judicial Excellence’ itu turut dihadiri Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n Malaysia Datin Latifah Mohd Tahar.

Arifin berkata, antara perubahan besar yang dilakukan oleh badan kehakiman Malaysia dalam memperting­katkan kadar kecekapan pelupusan kes mahkamah adalah melalui pengenalan tempoh masa (timeline) untuk penyelesai­an kes.

Selain itu beliau turut menggesa pegawai kehakiman untuk meningkatk­an penguasaan bahasa Inggeris bagi memudahkan mereka memahami dan mentafsir undang-undang dengan lebih berkesan dan seterusnya dapat memutuskan kes dengan lebih adil.

Katanya, walaupun bahasa kebangsaan diiktiraf sebagai bahasa mahkamah, kepentinga­n bahasa Inggeris dalam bidang kepeguaman tidak boleh dinafikan kerana sebagai sebuah negara yang mewarisi sistem undang-undang British Common Law, penguasaan bahasa Inggeris tidak boleh diketepika­n.

“Kita nampak penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pegawai kita telah menurun, kita cuba tangani masalah ini dengan mengadakan in house training yang dijalankan oleh hakim dan kita juga mengundang penceramah dari British Council dan sebagainya,” katanya. - BERNAMA.

 ??  ??
 ??  ?? ARIFIN
ARIFIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia