Harian Metro

DOA TAHUN INI LEBIH SELAMAT

-

„ Petugas KKM harap tiada lagi kejadian buruk menimpa jemaah

Tahap kesihatan yang adalah kunci kepada kesempurna­an ibadat haji seseorang jemaah dan atas dasar itulah petugas dari Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) berikrar memberikan khidmat terbaik kepada jemaah pada setiap musim haji.

Bagi tiga petugas wanita ini, walaupun tragedi runtuhan kren dan jemaah mati akibat terpijak ketika musim haji tahun lalu masih segar di ingatan, namun ia sedikit pun tidak melemahkan semangat mereka untuk kembali menabur bakti.

Norasiah Abd Mutalib, 40, dari Hospital Pulau Pinang menyifatka­n peluang bertugas di Makkah atau Madinah untuk dua tahun berturut-turut sangat bermakna.

Dia yang bertugas di Unit Rawatan Jantung berkata, selain dua tragedi berkenaan, insiden ribut pasir ketika bertugas tahun lalu turut memberi cabaran kepadanya.

“Saya berdoa tahun ini tiada lagi kejadian buruk berlaku dan berharap dapat menumpukan perhatian kepada tanggungja­wab menguruska­n aspek kesihatan jemaah,” katanya.

Seorang lagi petugas dari KKM, Nurul Aainaa Mohamad Shukor, 28, pula berharap kesihatan jemaah berada di tahap memuaskan tahun ini supaya mereka dapat menjalanka­n ibadat dengan sempurna.

“Kami juga meminta semua rakyat Malaysia mendoakan tiada sebarang kejadian tidak diingini menimpa jemaah tahun ini,” katanya yang bertugas di Jabatan Patologi Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.

Menurut Nurul Aainaa, pengalaman menjadi petugas KKM di Tanah Suci tahun lalu memudahkan tugasnya untuk mengendali­kan jemaah yang berdepan dengan masalah kesihatan.

Sementara itu, Haryanti Kasuma Talib, 36, berkata, adalah penting bagi jemaah berada pada tahap kesihatan yang baik untuk mengerjaka­n haji.

Dia yang bertugas di Hospital Teluk Intan berkata, ini kerana mereka berada dalam persekitar­an dan cuaca yang jauh berbeza berbanding di tanah air.

“Saya berharap tahun ini aspek kesihatan jemaah adalah lebih baik supaya mereka dapat menjalanka­n ibadat dengan lancar,” katanya.

 ?? Nurul Aainaa ?? Kami meminta semua rakyat Malaysia mendoakan tiada sebarang kejadian tidak diingini menimpa jemaah tahun ini”
Nurul Aainaa Kami meminta semua rakyat Malaysia mendoakan tiada sebarang kejadian tidak diingini menimpa jemaah tahun ini”
 ??  ?? HARYANTI
HARYANTI
 ??  ?? NORASIAH
NORASIAH
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia