Harian Metro

ISTIQAMAH TADBIR NEGARA

- Mohd Fauzi Abdullah dan Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz am@hmetro.com.my

„ Najib tidak terkesan dengan pelbagai tekanan, teruskan perjuangan sebagai PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terkesan dengan tekanan yang diterima dari dalam mahu pun luar negara sebaliknya beliau terus istiqamah dalam melaksanak­an tugas.

Najib berkata, dia perlu fokus untuk menjalanka­n tanggungja­wab sebagai pemimpin nombor satu negara dan Ahli Parlimen Pekan.

“Saya tidak ada apa-apa, semua berjalan seperti biasa, saya mesti istiqamah pada tugas serta tanggungja­wab saya sama ada sebagai Ahli Parlimen Pekan mahupun Perdana Menteri untuk menjaga kepentinga­n 30 juta rakyat Malaysia,” katanya.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas pelbagai cabaran dan tekanan beliau hadapi sejak akhir-akhir ini termasuk mengenai isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang dibangkitk­an Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

Beliau ditemui pada sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2016 Parlimen Pekan di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini, semalam.

Kira-kira 50,000 pengunjung pelbagai kaum menghadiri majlis berkenaan yang bermula jam 10.30 pagi. Majlis diserikan dengan keberangka­tan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h dan anakanda baginda.

Hadir sama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal FELDA negeri yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Abu Bakar Harun serta EXCO kerajaan negeri.

Sementara itu, Najib melahirkan kesyukuran dan berterima kasih kepada orang ramai terutama masyarakat Pekan yang hadir memeriahka­n majlis berkenaan.

 ?? FOTO: ?? SULTAN Ahmad Shah bersama Sultanah Hajah Kalsom dan Najib serta Rosmah pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2016 Parlimen Pekan di Taman Tasik Sultan Abu Bakar.
FOTO: SULTAN Ahmad Shah bersama Sultanah Hajah Kalsom dan Najib serta Rosmah pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2016 Parlimen Pekan di Taman Tasik Sultan Abu Bakar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia