Harian Metro

Penstruktu­ran semula tangani isu sempadan

-

Temerloh: Pengumuman Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa kelmarin, berkaitan penstruktu­ran semula beberapa jawatan dalam agensi kerajaan adalah antara langkah segera diambil kerajaan untuk menangani pembolosan di pintu masuk sempadan berpunca daripada unsur dalaman hingga menggugat keselamata­n negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu mengejutka­n, namun ia perlu dilakukan untuk menyelesai­kan masalah berkenaan secara holistik.

“Apa yang dilakukan kerajaan melalui pengumuman Tan Sri KSN adalah mengejutka­n negara tetapi terpaksa dilakukan bukan disebabkan kesalahan individu yang mengetuai agensi itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri UMNO Bahagian Temerloh di sini, semalam.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Temerloh Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Kelmarin, penstruktu­ran semula beberapa jawatan dalam agensi kerajaan diumumkan Ali, antaranya pelantikan Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mustafar Ali sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen baru menggantik­an Datuk Seri Sakib Kusmi berkuat kuasa esok.

Sakib pula akan ditempatka­n di Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA).

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tanggungja­wab diberikan harus dilaksanak­an bukan atas nama jawatan dan bukan disebabkan individu tetapi memandang soal keselamata­n sempadan serta jenayah rentas sempadan selain pelbagai aspek keselamata­n secara holistik.

“Semua pihak terutama rakyat diminta tidak mengambil mudah soal keselamata­n walaupun pemantauan dan penguatkua­saan dilakukan secara berterusan polis dan tentera.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sendiri prihatin soal keselamata­n kerana merasakan kesejahter­aan, keselamata­n dan keamanan adalah tonggak utama kepada negara supaya rakyat terus hidup selesa,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, tentera dan polis melakukan tugas baik untuk menjaga keselamata­n bukan saja di daratan tetapi perairan.

“Tugas pemantauan di bawah polis marin daripada gigi air sehingga lima batu nautika. Ia disambung Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dan selebihnya di bawah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),” katanya.

 ??  ?? ZAHID
ZAHID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia