Harian Metro

Lawatan kerja 3 hari ke Jakarta

-

Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan bertemu Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) di Jakarta, Indonesia sempena lawatan kerja selama tiga hari bermula, esok.

Najib dijadualka­n menyertai Rundingan Tahunan ke-11 bagi kedua-dua negara dan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-12.

Rundingan Tahunan ke-11 adalah pertemuan pertama antara Najib dan Jokowi di bawah kerangka mekanisme rundingan tahunan di mana kedua-dua pemimpin akan membincang­kan isu dua hala yang mempunyai kepentinga­n bersama di samping meneroka bidang kerjasama dua hala baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia