Harian Metro

6 LANGKAH PERANGI DAISH

- BERNAMA

Kerajaan ambil tindakan proaktif kawal keselamata­n

Kementeria­n Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggarisk­an enam langkah proaktif bagi memerangi ancaman militan Daish di negara ini.

Menteri Datuk Seri Hishammudd­in Hussein berkata, langkah itu antaranya mengetatka­n kawalan di sempadan negara menerusi inisiatif terbaru melalui penubuhan briged sempadan di Sabah dan Sarawak.

“Langkah lain ialah mengadakan rondaan bersama ATM-Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lokasi strategik seluruh negara.

“Selain itu, kita akan memperkuku­hkan kawalan keselamata­n di laut Sulu yang membabitka­n tiga negara jiran serta memperkasa­kan keselamata­n di Sabah melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmat­an ATM iaitu darat, laut dan udara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ria Aidilfitri Parlimen Sembrong di Dewan Kejora, Taman Sri Lambak, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Hishammudd­in berkata, penerangan mengenai bahaya Daish kepada masyarakat juga akan dilakukan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan juga kerjasama daripada perkongsia­n maklumat risikan pertahanan antara negara dan negara jiran.

Menurut Hishammudd­in, beliau meletakkan harapan dan amanah besar kepada KAGAT untuk memberi penjelasan dan melakukan pendekatan bagi menyekat fahaman Daish daripada menular dalam kalangan anggota ATM sendiri menerusi perkongsia­n strategi yang giat dilakukan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) juga PDRM.

“Pembabitan seorang anggota keselamata­n dengan Daish, walaupun seorang, dikira besar kerana mereka diberi amanah dan tanggungja­wab oleh negara.

“Insiden di Puchong, Selangor baru-baru ini mempunyai kaitan rapat dengan Daish dan langkah berjaga-jaga yang diingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mempunyai asas dan sebab tertentu.

“Najib mahu semua pihak meningkatk­an kesedaran dalam soal keselamata­n dengan mengkaji semula langkah-langkah kesiapsiag­aan yang lebih tinggi termasuk menghadapi ancaman militan Daish,” katanya.

Oleh itu, menurut Hishammudd­in, kita tidak boleh ambil mudah ancaman ini dan pada masa yang sama perlu bersyukur dan memahami keharmonia­n dan perpaduan yang wujud selama ini.

“Contoh, majlis sambutan hari raya hari ini (semalam) yang menggambar­kan keharmonia­n sedia ada dan ini boleh diancam sekiranya keselamata­n negara tidak dijaga dengan baik.

“Bagi mengatasi masalah ini, selain usaha yang dilakukan oleh kerajaan, rakyat juga perlu memainkan peranan mereka sebagai mata dan telinga kepada kerajaan,” katanya.

Menurut Hishammudd­in, pihaknya sentiasa mengambil langkah dan persediaan awal bagi mengatasi ancaman Daish dan usaha yang dilakukan bukan saja daripada segi mencapai kesepakata­n di peringkat negara ASEAN sebaliknya memperkuku­hkan kekuatan anggota, aset juga strategi pertahanan.

 ??  ?? HISHAMMUDD­IN
HISHAMMUDD­IN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia