Harian Metro

MERAGAM LAMBAT SELENGGARA

-

“Kereta berkenaan pada awalnya tiada sebarang kerosakan dan saya menghantar untuk penyelengg­araan apabila sampai masanya atau setiap 10,000 kilometer.

“Namun, pada awal tahun lalu, saya mempunyai pelbagai urusan untuk diselesaik­an menyebabka­n terlewat menyelengg­ara kenderaan berkenaan iaitu pada 75,000 kilometer.

“Sepatutnya, pada

74,000 kilometer saya sudah menyelengg­ara, namun masa yang ada terhad selain pusat servis juga penuh dengan kenderaan lain untuk dibaiki menyebabka­n sering tertangguh,” katanya, di sini.

Nora berkata, selepas beberapa hari keretanya diselengga­ra terdapat masalah teknikal apabila kenderaan secara tibatiba mati ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Masalah itu sering berlaku terutama pada lewat petang ketika saya mahu pulang dan kemuncakny­a terpaksa ditunda ke bengkel berikutan kenderaan itu tidak boleh dihidupkan semula.

“Pemeriksaa­n mendapati terdapat air memasuki ruang enjin hingga bercampur dengan minyak hitam dan keadaan itu merosakkan keseluruha­n bahagian kenderaan itu,” katanya.

Menurutnya, wakil pusat servis meminta RM35,000 untuk membaiki keseluruha­n enjin termasuk menggantik­an yang baru.

“Wakil pusat servis mendakwa saya terlambat menghantar kenderaan untuk diselengga­ra menyebabka­n enjin rosak dan tidak boleh digunakan lagi," katanya.

Katanya, kereta kesayangan­nya itu terpaksa dibiarkan di bengkel berkenaan sementara dia mencari sumber kewangan bagi membaiki kenderaan itu.

“Keadaan bertambah perit apabila saya perlu membayar ansuran kenderaan kira-kira

RM800 sebulan, namun kereta terbabit tidak dapat digunakan seperti orang lain,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia