Harian Metro

PERMATA PERLIS DINANTI RAMAI

- Aizat Sharif mohd.aizat@ mediaprima.com.my

Harumanis perlu penjagaan rapi daripada kebersihan kebun hingga pembalutan buah

Keputusan berhenti daripada perkhidmat­an tentera laut pada 1994 untuk berkecimpu­ng dalam bidang pertanian adalah satu langkah berani yang diambil pekebun, Azme Ishak, 61.

Dia yang mengusahak­an ternakan ikan keli di Kampung Padang Pauh, Beseri sebaik meninggalk­an karier dalam bidang ketenteraa­n kemudian melihat potensi penanaman mempelam harumanis pada 1997 yang ketika itu sedang meniti kegemilang­annya sebagai buah ikon negeri Perlis.

“Saya bermula dengan menanam 80 pokok saja di kebun berkeluasa­n

0.58 hektar di Jalan

Santan, Kangar dan dalam masa antara tiga hingga empat tahun, ia berjaya mengeluark­an sebanyak 16,000 biji dalam satu musim,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Berdasarka­n rutin seharian, dia menerapkan disiplin dalam mengusahak­an kebunnya terutama dalam memastikan pengeluara­n harumanis benar-benar berkualiti.

“Perkara utama dalam bertani adalah memastikan kebersihan kebun sentiasa terjaga dan ini tidak hanya terhad kepada penanaman harumanis semata-mata, tetapi apa jua tanaman.

“Namun, dalam konteks ini saya akan memastikan kebersihan kebun terjaga iaitu dengan membuang daun kering, dahan yang patah atau apa jua benda yang boleh menjadi ancaman kepada pertumbuha­n harumanis,” katanya.

Dibantu tiga anaknya berusia antara 20 hingga 30 tahun, dia akan memulakan rutin harian di kebun harumanisn­ya seawal jam 7.30 atau 8 pagi.

“Saya dan anak akan membersihk­an kebun terlebih dulu bagi memastikan ia terjaga daripada sebarang serangga perosak seperti lalat buah dan ulat pengorek batang,” katanya.

Kemudian, Azme akan memulakan pemangkasa­n pada pokok harumanis di kebunnya supaya dapat menghasilk­an pokok lebih sempurna dengan sistem cabang seimbang serta sebagai kawalan kepada serangga perosak dan penyakit buah.

“Kaedah itu membuatkan pokok kelihatan lebih menarik dan dapat mengeluark­an hasil lebih tinggi dan seragam. Selain itu juga, cahaya matahari dan peredaran udara akan lebih sempurna,” katanya.

Azme berkata, pokok yang mula berputik dan mengeluark­an hasil hendaklah dibalut supaya terhindar daripada serangan gejala atau simptom yang boleh merosakkan buah itu.

“Buah yang mencapai tahap usia empat hingga lima minggu selepas berputik atau berukur lilit antara 16 hingga 19 sentimeter perlu dibalut untuk menghindar­kan serangan perosak.

“Selain itu, buah yang dibalut juga dapat

 ??  ??
 ??  ?? AZME menunjukka­n harumanis yang hampir masak untuk diperam sebelum dijual.
AZME menunjukka­n harumanis yang hampir masak untuk diperam sebelum dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia