Harian Metro

PENGETUA SEKOLAH BERBAJU LUSUH DI JALANAN

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Zulkernai terpaksa menyamar bantu anak gelandanga­n elak hanyut tanpa pelajaran

Hanya bercelana jean koyak, berbaju lusuh dan bersepatuk­an selipar

Jepun, lelaki berambut kusut masai itu menyusuri lorong hitam untuk mendekati kelompok gelandanga­n sepertinya.

Tangan erat menjinjit beg plastik dan akhbar lama tersemat kemas di bawah ketiak, perbuatan Zulkernai Fauzi berjaya menarik perhatian golongan jalanan untuk mengenali dirinya.

Berbaring di kaki lima, lelaki berusia 50 tahun itu memulakan perbualan berkisarka­n sejarah dirinya seterusnya bertukar cerita dengan teman baru dikenali seawal jam 3 pagi, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Misi utama Pengetua Sekolah Bimbingan

Jalinan Kasih (SBJK) ini untuk menyelami jalan kehidupan, pandangan tersendiri golongan gelandanga­n dan paling penting, mengenal pasti anak jalanan yang tidak mendapat pendidikan sempurna.

Menerajui SBJK yang dikhaskan buat anak jalanan dan terpinggir daripada sistem pendidikan perdana yang beroperasi sejak Ogos

2013, Zulkernai senantiasa mencari cara terbaik untuk ‘menyelamat­kan’ anak jalanan daripada terus hanyut tanpa pelajaran.

“Saya dilantik sebagai pengetua pertama SBJK sebelum mengikuti kursus kepengetua­an selama enam bulan.

“Sepanjang berkursus, saya juga kerap datang ke sekolah untuk mengenali persekitar­an sistem persekolah­an yang sememangny­a berbeza dengan sistem sedia ada.

“Saya cuba bergaul dengan golongan gelandanga­n untuk mengetahui masalah mereka, selain menerapkan kefahaman yang tepat atas usaha dilakukan kerajaan bagi membantu anak mereka mendapatka­n pendidikan.

“Oleh kerana golongan gelandanga­n menghuni kawasan ‘hitam’ (kadar pelacuran dan jenayah tinggi), saya perlu bertemu komuniti di situ untuk mendapatka­n kerjasama dan akses mencari anak jalanan ini.

“Syukur, mereka antara individu yang banyak membantu kita untuk mengenal pasti muridmurid ini,” katanya yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Prasekolah dan Ketua Penolong Pengarah Sektor PERMATA, Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Berbekalka­n pengalaman menyamar sebagai gelandanga­n

 ??  ?? KUNJUNGAN Najib ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih pada Jun lalu.
KUNJUNGAN Najib ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih pada Jun lalu.
 ??  ?? KELUARGA bahagia Zulkernai.
KELUARGA bahagia Zulkernai.
 ??  ?? BERTANGGUN­GJAWAB memberi pendidikan kepada anak jalanan.
BERTANGGUN­GJAWAB memberi pendidikan kepada anak jalanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia