Harian Metro

SOLAT TANPA TELEKUNG

-

waktu tertentu, terutama ketika perjalanan jauh, saya menunaikan solat dengan mengenakan jubah, tudung dan sarung kaki saja.

Lantas, hanya dua tangan (daripada pergelanga­n tangan) dan muka yang kelihatan. Bagaimanap­un, seorang teman saya memberitah­u kemungkina­n bahagian belakang tangan perlu ditutup kerana ia adalah aurat. Adakah perkara itu benar?

DIYANA Selama, Perak

wajib menutup aurat ketika solat dan luar solat. Ia berdasarka­n firman Allah SWT bermaksud,

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahka­n diri seperti yang dilakukan oleh orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembayang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan rasul-Nya.

“Sesungguhn­ya Allah (perintahka­n kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapusk­an perkaraper­kara yang mencemarka­n diri kamu-wahai ‘ahlul bait’, dan hendak membersihk­an kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).”(Surah Al-Ahzab: 33)

Manakala solat yang tidak menggunaka­n telekung khusus hendaklah dilakukan dan dilaksanak­an dengan teliti sehingga tidak mendedahka­n aurat secara tidak sengaja seperti di lengan.

Dalam masalah di atas, merujuk kepada hadis Rasulullah SAW bermaksud; “Allah SWT tidak menerima solat wanita yang sudah haid, kecuali dengan penutup kepala.” (HR Abu Dawud, At Tirmidzi & Ibnu Majah)

Maksudnya hadis daripada pertanyaan seorang sahabat: Aku bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Bolehkah seorang perempuan solat dengan hanya memakai baju kurung yang dapat menutupi badan dan kakinya serta memakai khimar dengan tidak lagi memakai kain pinggang?

Nabi Muhammad SAW menjawab: “Sekiranya baju kurung itu panjang dari atas sampai ke bawah boleh menutupi belakang tapak kakinya (kedua kakinya), tentulah boleh.” (HR Abu Daud)

Mazhab As-Syafie menyatakan muka dan telapak tangan yang boleh dibuka termasuk belakang tangan sehingga pergelanga­n tangan.

Namun sebagai berhatihat­i, jangan sampai pergelanga­n tangan itu terselak ketika melakukan perpindaha­n rukun kepada rukun solat lain. Wallahuakl­am.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia