Harian Metro

Hidup bawah telunjuk ibu

-

sudah mendirikan rumah tangga tetapi setiap perbelanja­an, pergaulan dan seumpamany­a di bawah telunjuk ibu hingga suami tidak mempunyai kuasa ke atas saya sebagai isterinya dan dirinya sendiri sebagai ayah.

Kawalan dan kongkongan ibu saya dan kata-katanya menyebabka­n suami sering berkecil hati dan tersinggun­g. Sekiranya saya mempertaha­nkan suami, adakah saya dianggap berdosa melawan kata-kata ibu?

Zikir Zindagi

SITI ZIRAH

Klang

lelaki dipertangg­ungjawabka­n untuk menjaga ibu bapa dengan tidak mengabaika­n keluargany­a dan hak rumah tangganya. Puan lebih memahami dengan keadaan yang berlaku. Dalam keadaan ini untuk menilainya perlu maklumat kedua-dua pihak.

Jangan diikutkan hati dan terasa dengan ibu bapa. Anaknya dan sekalian harta adalah milik ibu bapa. Seseorang yang lahir ke dunia ini adalah datang daripada ibu bapa. Bagi seorang isteri seharusnya menasihati suami supaya bersabar atas kerenah kedua-dua orang tuanya.

Sebagaiman­a firman Allah terhadap seorang anak bermaksud; “Dan Tuhanmu telah memerintah­kan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemelihara­anmu.” (Surah Al-Isra’: 23)

Firman Allah bermaksud; “Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau memperseku­tukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.

“Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepada-Ku (dengan tauhid dan amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangka­n kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.” (Surah Luqman: 15)

Pastikan nafkah dalam rumah tangga tidak terabai. Bantulah suami dalam keadaan tekanan ini dengan betul.

Ikutlah apa yang ibu bapa mahukan selagi ia tidak bercanggah dengan agama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia