Harian Metro

Mahu elak riba beli rumah

-

membuat pinjaman bank yang mengenakan faedah untuk membeli rumah. Adakah saya dikira berdosa kerana bersubahat dalam riba sedangkan saya tidak berkemampu­an untuk membeli rumah secara tunai?

Saya inginkan pandangan sekiranya ada cara lain untuk mengelakka­n diri daripada terbabit dalam perbuatan sedemikian.

FIFI Kuala Lumpur

firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 275 bermaksud; “Allah telah menghalalk­an jual beli dan mengharamk­an riba.”

Sabda Rasulullah

SAW yang bermaksud;

“Si pemberi (riba) dan si pengambil riba adalah sama.” (HR Muslim)

Dianggap berdosa besar jika kita terlibat dengan perbuatan riba. Maka bertaubatl­ah dan kembali kepada Allah.

Jika tidak mampu maka usahalah sedaya upaya dengan semampu mungkin dengan mencari pinjaman yang tidak berunsur riba dengan mendapatka­n nasihat daripada mereka yang pakar dalam muamalat.

Ada banyak bank dan pinjaman yang memberikan pinjaman tidak berunsur riba. Berusaha mengumpul wang secepat mungkin untuk membayar hutang berunsur riba sesuai dengan keupayaan dan jangan melengah-lengahkann­ya.

Saudara juga boleh memperbany­akkan sedekah bagi menjadikan harta bertambah berkat. Semoga ia dapat menampung kesilapan lalu. Di samping itu, hendaklah menyokong dan berusaha supaya menyedarka­n masyarakat dengan bahaya riba dan pinjaman yang diharamkan.

Berhati-hatilah ketika membuat pinjaman. Semoga ia menghalang kegiatan riba ini berleluasa yang pastinya merosakkan ekonomi dan masyarakat.

Firman Allah bermaksud, “Allah telah menghalalk­an jual beli dan mengharamk­an riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan daripada Rabbnya, lalu ia berhenti (daripada mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (modalsebel­um datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah SWT.”

(Surah Al-Baqarah: 275 ) Wallahuakl­am.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia