Harian Metro

LAMBAIAN KAABAH PERKASA ILTIZAM

-

berlepas ke Jeddah.

Di sana, dugaan beliau yang seterusnya ketika beratur di Imigresen Arab Saudi. Suaminya dimarah dan dituduh ‘kafir’ oleh pihak kastam Saudi kerana tangan dia mempunyai tatu yang kecil. Kami cuba menerangka­n bahawa kami mualaf tetapi masingmasi­ng tidak faham bahasa yang disampaika­n.

Mualaf maksudnya ‘yang dijinakkan’. Mujur selepas diterangka­n berulang kali, barulah selamat kami dilepaskan. Terus naik bas ke Kota Makkah dalam ihram yang telah niat miqat di atas kapal terbang.

Tiba di hotel dan meletakkan bagasi di dalam bilik, kami semua menuju ke Masjidilha­ram untuk bersolat dan menunaikan umrah. Dalam perjalanan sambil bertalbiah, Jocelyn menyatakan bahawa hatinya semakin berdebar, tidak sabar-sabar nak masuk Masjidilha­ram.

Ketika ustaz/mutawif yang membawa semua jemaah memberitah­u bahawa Kaabah ada di depan saja, kami terus menuju ke sana. Apabila sampai di depan Kaabah, saya lihat air mata beliau terus mengalir. Ia bukan perkara yang pelik.

Sesiapa saja yang tiba di situ akan menitiskan air mata apabila dapat melihat Kaabah. Yang peliknya jika tiada apa-apa perasaan.

Begitulah kisah Jocelyn yang terpilih sertai program Kembara Iman Saudara Baru 2. Dalam serba kekurangan dari segi kewangan, terpilih untuk pergi. Paling penting ada semangat untuk berusaha menjadi Muslim yang memiliki akidah yang kuat.

Senyum selalu

Selalu bersangka baik Insya-Allah hati tenang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia