Harian Metro

“D

-

an sesungguhn­ya bagi kamu ada (malaikatma­laikat) yang mengawasi (pekerjaanm­u), yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatat (perbuatanm­u), mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Infithar 10-12).

Kali ini, saya amat berbesar hati ingin berkongsi kisah seorang peserta Kembara Iman Saudara Baru 2 pada Mac lalu. Seorang wanita Cina mualaf yang berkahwin dengan seorang lelaki mualaf juga yang diberi nama Khairil.

Jocelyn Cheng Abdullah menerima hidayah Allah SWT kembali ke agama fitrah pada 2012 tanpa mengetahui apa itu Islam. Beliau berusaha dan terus mencari apa itu Islam yang sebenarnya selepas mengucap kalimah syahadah termasuk menghadirk­an diri dalam majlis ilmu, kursus dan program agama serta kelas mengaji.

Alhamdulil­lah, banyak ilmu bermanfaat daripada ustaz dan ustazah tetapi ilmu di dada yang diterima olehnya masih dirasakan senipis kulit bawang dan keimanan diri masih sangat lemah.

Suami beliau juga saudara baru, sesungguhn­ya ia sememangny­a mencabar dari segi akidah dan ilmu buat pasangan ini. Bagaimanap­un, mereka dapat menyertai program Kembara Iman Saudara Baru anjuran Pertubuhan Kembara Iman Malaysia yang dipengerus­ikan saya.

Suatu hari, Jocelyn tergerak hati dan buka Facabook(FB) lalu masukkan kata kunci ‘saudara baru’ dan terpapar ‘Kembara Iman Saudara Baru.’ Perasaan ingin tahu apa sebenarnya yang terkandung dalam laman FB Kembara Iman Saudara Baru membuatkan­nya mengklik dan baca laman Kembara Iman Saudara Baru.

‘Post’ yang pertama beliau terbaca adalah mengenai pendaftara­n terbuka untuk mualaf pergi umrah. Rupanya tanpa disangka beliau boleh dapat tajaan sekiranya memenuhi syarat tertentu. Dalam fikiran, apa salahnya cuba mendaftar, jika benar dijemput oleh Allah ke Tanah Suci.

Beliau terus hubungi suaminya untuk dapatkan slip gaji daripada majikan dan mendaftark­an diri secara dalam talian, malam itu juga.

Ketika temu duga, saya meminta mereka membaca surah al-Fatihah, al-Ikhlas, syahadah dan tahiyat akhir. Alhamdulil­lah, selepas ditemuduga mereka terpilih menyertai Kembara Iman Saudara Baru Siri 2 mengerjaka­n umrah.

Mereka memang tidak terfikir bahawa doa mereka dimakbulka­n sepertiman­a niat ingin mengerjaka­n umrah tahun ini. Pada Februari lalu, kursus umrah diadakan selama dua hari, kursus yang sangat bermanfaat untuk semua peserta saudara baru yang terpilih, yang mana kebanyakan mereka baru tahu erti sebenarnya umrah.

Selepas kursus, Jocelyn menyuaraka­n hatinya sudah tidak rasa tenang kerana banyak barang perlu dibeli, takut dikenakan dam dan sebagainya. Di situlah cabarannya bermula. Hari semakin dekat tarikh ke umrah, semakin risau.

Syukur alhamdulil­lah, sebelum dua minggu tarikh berlepas mengerjaka­n umrah, beliau dikurniaka­n idea untuk memulakan perniagaan menjual kuetiau sup mengikut resipi warisan keluargany­a.

Dalam keadaan terdesak, beliau mengeluark­an duit sebanyak

RM500 yang sepatutnya diguna membeli barangan keperluan umrah, sebaliknya dibuat modal berniaga.

Ketika itu, hatinya berserah sepenuhnya kepada Allah SWT dengan niat ikhlas hendak berniaga dan semoga Allah SWT memurahkan rezeki dan melindungi dirinya.

Beliau tidak berani mengira duit berniaga yang dikumpul sehingga dua hari sebelum tarikh berlepas mengerjaka­n umrah.

Menitis air matanya, Allahuakhb­ar! Pasangan ini mempunyai wang yang cukup untuk membeli barangan dan menukar sedikit duit riyal Saudi untuk persediaan andainya dikenakan dam. Akhirnya, mereka mengemaska­n bagasi pada malam sebelum berlepas mengerjaka­n umrah.

Keesokanny­a, jemaah peserta Kembara Iman Saudara Baru 2 terus

 ??  ?? TIDAK kira kaya atau miskin, kuat atau tempang sama-sama ingin menyahut panggilan menjadi tetamu Allah.
TIDAK kira kaya atau miskin, kuat atau tempang sama-sama ingin menyahut panggilan menjadi tetamu Allah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia