Harian Metro

Ganjaran perturun ilmu hingga sesudah mati

-

“Apabila manusia meninggal dunia terputusla­h semua amalannya kecuali sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan dia.” (HR. Muslim). Hadis ini menunjukka­n keutamaan ilmu dan pahala mengajarka­n ilmu, baik dengan mengajar atau tulisan.

Justeru, hal itu akan membuahkan pahala yang besar untuk manusia baik pada masa hayatnya atau setelah kematianny­a. Amalannya tidak akan terputus meskipun dia sudah meninggal dunia, bahkan pahala dan ganjaran daripada Allah sentiasa mengalir kepadanya selama ilmu yang dia ajar dimanfaatk­an manusia.

Dalam hadis yang lain, sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Sesungguhn­ya para nabi tidak mewariskan dinar dan juga bukan dirham, sesungguhn­ya apa yang mereka wariskan adalah ilmu, maka sesiapa yang mengambiln­ya, samalah seperti dia mengambil habuan yang baik”. (HR Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah).

Hadis ini menerangka­n kepada kita bahawa ulama adalah pewaris Nabi yang masih kekal hingga kini.Maka sebagai umat Islam kita wajib menghormat­i ulama, kerana dengan menghormat­i mereka umpama kita menghormat­i junjungan besar Rasulullah SAW.

Warisan berkenaan adalah ilmu agama peninggala­n nabi kepada umatnya. Hanya sedikit orang yang mahu mengambil warisan itu, lebihlebih lagi pada masa kini.

Namun, kita perlu sedar ilmu sangat penting untuk membawa kita ke jalan kebenaran, juga kepada ketenangan dan keberkatan ulama yang membantu kita untuk dirahmati Allah SWT.

Sebagai contoh di

Sik, Kedah, Al Marhum

Tuan Guru Haji Salleh

Musa yang mendirikan pondok Ar Rahmaniah.

Di situ masyarakat dapat menumpang untuk mendengar perkongsia­n ilmu daripada beliau.

Setiap Jumaat manusia dari segenap negeri datang bertalaqqi dengan beliau. Beliau tokoh yang sangat disegani dan dihormati.

Kita amat bertuah kerana adanya tokoh besar ini di Malaysia. Namun pada tahun ini, beliau pergi buat selama-lamanya. Berita ini amat mengejutka­n dan inilah berita paling sedih bagi mereka yang pernah menuntut ilmu dan mengenali beliau.

Semoga Allah SWT menerima segala amalan, merahmati dan memberkati tuan guru. Semoga kita dapat menumpang beliau di akhirat nanti seperti kita menumpang beliau di dunia. Belajarlah ilmu sebelum ia diangkat.

Sabda Nabi SAW: Daripada Abdullah ibn ‘Amru ibn Al-’As ra, katanya: Saya dengar Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasany­a Allah tidak menarik ilmu dengan mencabutny­a daripada manusia tetapi Allah menarik ilmu dengan mematikan ulama hingga apabila tidak ada lagi orang alim, manusia akan mengambil orang jahil sebagai ketua, maka mereka ditanya, merekapun memberi fatwa tanpa ilmu. Maka sesatlah mereka dan menyesatka­n pula.”(Muttafaqun alaih).

Sebagai manusia harus kita berusaha untuk mengenali ulama, mendamping­i mereka yang masih ada dan menuntut ilmu kerana majlis ilmu membantu menghidupk­an hati kita yang semakin alpa dengan dunia, semoga kita dapat memanfaatk­an sisa umur yang masih berbaki.

Semoga kita menjadi hamba yang Allah redai, dan sesungguhn­ya kita umat akhir zaman amat memerlukan ilmu agama untuk mendidik hati dan menuju kepada Allah Azza wajalla.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia