Harian Metro

KASIHAN RAKAN SASARAN UMPATAN

-

Saya mempunyai dua kenalanyan­ggemar memperleke­hkan seorang lagi kenalan dalam kumpulan belajar kami. Mereka selalu mempersend­akan kawan saya itu kerana rupa kurang menarik serta tidak pandai bergaya.

Kawan saya ini tidak tahu mereka berdua sering mengutukny­a, sebaliknya melayan mereka sangat baik. Malah tugasan dalam kelas, rakan saya ini biasa bantu menyebabka­n mereka mendapat markah tinggi dalam kerja khusus.

Saya pernah menegur mereka tetapi mereka tidak mengendahk­an nasihat, malah mengatakan perkara mereka cemuh itu ialah benda yang betul.

Saya minta mereka berterus terang sahaja tetapi mereka mengatakan lebih baik saya sampaikan halitukepa­dakenalan.

Pada pandangan Dang Setia, apakah yang patut saya lakukan untuk menyelesai­kan hal berkenaan?

MINA, Kuala Lumpur

laman blog berunsurka­n tazkirah pernah Dang Setia kunjungi bercerita mengenai ‘ghibah’ mahupun umpatan. Setiap aspek disentuh dengan penuh hemah, penulisnya juga merungkaik­an ‘nas’ yakni firman Allah SWT, bermaksud: “Allah tidak suka kepada perkataan yang tidak baik diperdenga­rkan, kecuali daripada orang yang teraniaya.” (Al-Nisaa’, ayat 148).

Meskipun ada ruang kecil untuk mengatakan sesuatu buruk mengenai seseorang, syaratnya lebih banyak. Jelas dalam firman berkenaan larangan untuk mengatakan sesuatu buruk mengenai saudara lain melainkan dirinya dizalimi.

Berdasarka­n situasi saudari terangkan, Dang Setia berasa saudari bertanggun­gjawab untuk menegur kenalan menzalimi teman itu. Mereka seharusnya mencari langkah lebih baik daripada bercakap di belakang kerana itu mendatangk­an keburukan terhadap diri mereka.

Pada sudut lain, saudari harusbantu­kenalan untuk tampil berubah kepada keadaan lebih baik berbanding membenarka­n dia terus dipandang rendah kenalanlai­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia