Harian Metro

Gadis rindu bapa setelah lama bersama ibu

-

lahir dalam keluarga berantakan. Usia saya tahun ini menjengah 17 tahun.

Ibu bapa saya bercerai ketika saya berusia tiga tahun.

Maka boleh dikatakan saya tiada kenangan manis zaman kanak-kanak berbanding adik tiri lain.

Jarak usia dengan adik tiri kira-kira enam tahun dan membuatkan kami kekok, baik untuk berbual mahupun bercerita mengenai memori manis.

Saya lebih suka menyendiri dan itu menyebabka­n bapa tiri kurang senang dengan perilaku saya yang dikhuatiri memberi kesan negatif kepada adik tiri.

Saya sebenarnya tidak selesa tinggal dengan ibu dan berharap dapat menetap bersama bapa kandung serta keluargany­a.

Namun, ibu enggan melepaskan saya menyebabka­n saya terpaksa berpura-pura gembira dengan keluarga ibu sekarang.

Saya tertekan dan berharap ibu boleh memberi ruang untuk saya tinggal bersama bapa kandung. Maka, apakah yang boleh saya lakukan dengan harapan ibu memahami keinginan untuk saya tinggal bersama bapa?

RIFAELA, Subang, Selangor

tetap ibu mengandung­kan saudari. Jaga tutur kata dan pendekatan memujuk masih jalan terbaik. Mengenai hal bapa pula, saudari wajar menasihati ibu supaya memberi ruang sama kerana bapa turut mempunyai hak kuat malah ikatan ‘darah’ tidak putus biarpun jodoh ibu dan bapa hanya bertaut di pertengaha­n jalan.

Jadi, minta ibu letakkan posisi saudari di tempatnya. Ibu seharusnya lebih rasional serta matang kerana itu memberi tanggapan buruk terhadap anak daripada ‘masa lalu’ mahupun semasa.

Ibu sebaik-baiknya melupakan konflik dan elak mementingk­an diri kerana saudari menjadi mangsa. Sebaik-baiknya ibu memainkan peranan untuk menjalinka­n hubungan baik antara anak dan bapa.

Biarpun pernah mengalami fasa derita ketika bersama bekas suami, untuk memisahkan saudari dan ayah sesuatu yang tidak adil.

Namun, hal ini mesti disampaika­n dengan lebih baik. Minta ibu fikirkan situasi saudari pada masa depan jika lupa dan putus hubungan dengan bapa, isu wali siapa harus dipersalah­kan?

Jadi, sekali lagi tenangkan ibu dan sampaikan relevannya untuk dia memberi ruang kepada saudari serta ayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia