Harian Metro

Siswi bercinta dengan pensyarah berkeluarg­a

-

menjalin hubungan dengan pensyarah yang tua 19 tahun. Dia sudah berkahwin dan hubungan kami terjalin sejak dua tahun lalu. Dia mempunyai tiga anak dan isterinya ialah pembantu perubatan di hospital swasta di ibu kota.

Dia sangat mengambil berat dan tentunya saya rasa bahagia. Namun, pada masa sama, saya bimbang hubungan ini hanya jangka masa pendek serta dia berniat ingin ‘bermain’ dan tidak ikhlas. Apakah patut saya lakukan?

NORMA, Sandakan, Sabah

terang lagi bersuluh’ saudari sudah menjadi orang ketiga dalam hubungan dia serta isteri. Undur diri adalah langkah lebih baik apabila terjebak dalam konflik sedemikian. Sebaik manapun, laluan hidup poligami pada usia muda bukanlah pilihan lebih baik.

Ia lebih banyak membawa kepada keburukan berbanding kenikmatan. Letakkan situasi saudari di tempat isteri mahupun anak si dia. Masihkah tindakan terus bermain cinta pilihan terbaik buat saudari?

Jadi, fikirlah sebaikbaik­nya dan nasihatkan si dia supaya lebih bertanggun­gjawab terhadap keluarga berbanding bermain cinta dengan gadis terutama pelajarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia