Harian Metro

TAKPUASHAT­I DENGAN POLIS

- Mohd Fadly Samsudin fadly@hmetro.com.my

Sebanyak 1,557 aduan salah laku dengan 1,480 daripadany­a dibuka fail siasatan ke atas pegawai dan agensi penguatkua­saan termasuk pihak berkuasa tempatan di negara ini sejak April 2011.

Itu adalah statistik terkini yang direkodkan Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan (EAIC) sejak penubuhann­ya sehingga 25 Julai lalu dengan sebahagian besarnya membabitka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam berkata, berdasarka­n statistik harian, sebanyak 1,069 aduan dibuat ke atas PDRM diikuti 80 ke atas Jabatan Imigresen, 50 ke atas Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) diikuti 19 agensi penguatkua­saan lain termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementeria­n Kesihatan (Penguatkua­saan) dan Jabatan Pendaftara­n Negara.

Katanya, untuk tahun ini saja, pihaknya menerima 228 aduan dan majoritiny­a masih lagi ke atas PDRM.

“Bagaimanap­un, daripada semua aduan itu, 889 daripada aduan yang diterima sejak April 2011 itu ditolak berikutan ada yang di luar bidang kuasa dan faktor lain.

“Sebanyak 28 aduan dirujuk kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 52 dirujuk kepada pihak berkuasa tatatertib, 41 dirujuk kepada pihak berkuasa tatatertib PDRM dan SPRM manakala 359 aduan dilakukan siasatan penuh,” katanya kepada Metro Ahad.

Beliau berkata, bilangan anggota dan pegawai yang ramai serta peruntukan pe– nguatkuasa­an undang-undang yang besar adalah antara faktor PDRM mendahului agensi penguatkua­saan lain daripada aspek penerimaan aduan daripada orang ramai.

“PDRM adalah agensi penguatkua­saan utama di negara ini yang berhadapan dan berurusan dengan orang ramai.

“Disebabkan itu mungkin ramai yang tidak puas hati dengan perkhidmat­an ditawarkan anggota dan pegawai PDRM yang mendorong mereka membuat aduan,” katanya.

Mengenai peratusan aduan yang diselesaik­an, Yaacob berkata, semua aduan yang dikemukaka­n pada 2011 hing– ga 2014 berjaya diselesaik­an sepenuhnya, manakala 93 peratus aduan diselesaik­an pada tahun lalu dan 34 peratus hingga ke bulan Julai tahun ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembukaan Kaunter Aduan dan Perkhidmat­an Pelanggan suruhanjay­a itu di tingkat bawah, bangunan Menara Usahawan di Putrajaya adalah bagi memudahkan orang awam membuat aduan secara bersemuka seterusnya memastikan perkhidmat­an menjadi lebih tepat dan cepat.

Yaacob berkata, fungsi utama kaunter itu adalah untuk menerima aduan, pertanyaan umum, khidmat nasihat dan maklum balas daripada pelanggan selain berfungsi mengurus serta memantau urusan pelanggan dan membuat kajian pengukuran tahap kepuasan pelanggan.

Beliau berkata, jenis salah laku yang sering diadu orang ramai adalah pegawai penguat kuasa tidak me– ngikut undang-undang atau prosedur operasi standard (SOP), tindakan tidak adil atau bersifat menindas, kegaga- lan mengambil tindakan, salah guna kuasa, kelewatan dalam mengambil tindakan atau melakukan siasatan dan pembabitan pegawai penguat kuasa dalam kesalahan bersifat jenayah.

Mengulas lanjut mengenai tindakan EAIC ke atas aduan yang diterima pihaknya selain merujuk kepada SPRM dan unit tatatertib, Yaacob berkata, pihaknya turut membuka kertas siasatan sendiri untuk menyiasat aduan yang diterima.

“Sejak 2012 hingga 25 Julai 2016, sebanyak 366 kertas siasatan dibuka dengan 305 membabitka­n PDRM, 21 imigresen, 10 JPJ dan agensi penguatkua­saan lain.

“Daripada jumlah itu, 244 kertas siasatan diputuskan oleh EAIC untuk tindakan manakala 169 daripadany­a ditolak atau tidak dapat disahkan aduannya, 53 dirujuk kepada pihak berkuasa tatatertib, satu dirujuk kepada pendakwa raya, satu kepada SPRM, 20 disyorkan surat teguran secara pentadbira­n manakala bakinya belum diputuskan suruhanjay­a,” katanya.

Katanya, setakat ini EAIC menerima banyak respons positif daripada agensi pe– nguatkuasa­an malah banyak tindakan yang diambil berdasarka­n syor yang dikeluarka­n agensi itu.

“Setakat ini EAIC menge– syorkan 19 tindakan tatatertib yang setimpal, satu tindakan lucut hak emolumen dan turun pangkat, satu digantung kerja, 11 diberikan amaran.

“Berdasarka­n syor berkenaan, setakat ini sebanyak sembilan teguran dikeluarka­n, tujuh amaran diberikan agensi kepada pegawai atau anggota berkaitan, 11 dikenakan tindakan dalaman, tiga tidak dikenakan tindakan lanjut manakala dua lagi belum menerima sebarang maklum balas,” katanya.

 ??  ?? PDRM agensi penguatkua­saan yang berhadapan dan berurusan dengan orang ramai.
PDRM agensi penguatkua­saan yang berhadapan dan berurusan dengan orang ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia