Harian Metro

TAK PERLU JALANJAUH

- Mohamad Fahd Rahmat fahd@hmetro.com.my

Bakal pembeli rumah, pelabur berpeluang tinjau prospek hartanah di Selangor

Bakal pembeli rumah selain pelabur yang hadir ke Pameran Hartanah MyRumah II berlangsun­g di Komtar JBCC di sini sehingga hari ini berpeluang meninjau prospek terbaik hartanah termasuk di Selangor.

Penolong Pengurus Pemasaran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Logeswaran Kannan berkata, buat julung kalinya, pihaknya menyertai pameran hartanah berkenaan selain menyediaka­n peluang kepada bakal pembeli yang berminat tanpa perlu ke Selangor.

Logeswaran berkata, pameran anjuran The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dengan kerjasama Kumpulan Andaman itu dilihat sebagai platform terbaik untuk PKNS memperkena­lkan produk hartanah mereka kepada pengunjung.

“Walaupun PKNS tidak terbabit dalam sebarang projek di Johor namun kita melihat pameran ini antara pentas terbaik bagi kami memperkena­lkan projek PKNS kepada pengunjung.

“Sambutan pengunjung juga menggalakk­an kerana sebahagian besarnya dalam perancanga­n untuk membeli rumah di Selangor khususnya di Cyberjaya. Ini kerana mereka juga melihat Selangor berkembang pesat selain ramai yang berhijrah ke Selangor kerana bekerja di negeri berkenaan,” katanya ketika ditemui.

PKNS antara agensi yang terbabit sebagai pempamer pada Pameran Hartanah MyRumah selama tiga hari.

Lebih 20 penceramah dan pakar hartanah turut terbabit menyampaik­an ceramah berkaitan tip serta kaedah pembelian hartanah selain perkongsia­n maklumat yang membantu orang ramai dalam pemilikan hartanah.

Logeswaran berkata, antara projek PKNS yang menjadi tumpuan pengunjung ialah Vega Residensi, kediaman pangsapuri servis 22 tingkat di Cyberjaya.

“Projek berkenaan bukan saja terletak di lokasi strategik malah ia juga mampu dimiliki dengan harga jualannya bermula daripada RM277,888,” katanya.

 ??  ?? PENGUNJUNG melawat pameran Johor Land Berhad pada pameran hartanah My Rumah II, semalam.
PENGUNJUNG melawat pameran Johor Land Berhad pada pameran hartanah My Rumah II, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia