Harian Metro

Manfaat seminar daripada pakar hartanah

-

Johor Bahru: Orang ramai perlu mengambil manfaat daripada penganjura­n mengenai ceramah hartanah percuma diberikan pakar termasuk peguam serta penganalis­is pasaran berlangsun­g di Komtar JBCC di sini, sempena Pameran Hartanah MyRumah II.

Pengasas hartanahgu­ru.com, Abdul Aziz Ahmad berkata, peluang itu perlu dimanfaatk­an sebaik mungkin dalam kalangan bakal pembeli hartanah termasuk kediaman selain pelabur yang berminat meninjau hartanah yang mampu memberi pulangan lumayan.

Beliau berkata, lazimnya, bayaran bagi seminar berkaitan ada kalanya mencecah ribuan ringgit bagi setiap peserta namun kali ini, ia dikongsi secara percuma.

“Pada ceramah saya bertajuk ‘Bagaimana Mengenal pasti Hotspot Hartanah’, saya memberi beberapa panduan kepada bakal pembeli termasuk mengelakka­n beberapa faktor dalam pembelian hartanah seperti jangan membeli kediaman di kawasan pencawang elektrik, kawasan bercerun dan berbukit serta berdekatan loji kumbahan.

“Antara pertimbang­an yang bagus untuk membeli hartanah ialah sekurang-kurang memiliki tiga kelebihan iaitu dalam lingkungan pelanconga­n, pendidikan dan kawasan perindustr­ian kerana hartanah di kawasan ini bernilai tinggi apabila dijual semula selain permintaan yang tinggi pada setiap masa,” katanya.

Pengunjung, Muhammad Sayuti Asa, 26, berkata, dia sanggup hadir pada ceramah berkenaan kerana mahu memperoleh ilmu daripada mentor hartanah yang terbukti berjaya dalam lapangan berkenaan.

“Saya bertugas sebagai juruteknik pusat penapisan minyak dan gas di Terengganu dan sanggup hadir ke bandar raya ini tiga hari bagi mendengar dengan lebih lanjut ceramah dianjurkan.

“Pada mulanya, saya hadir pada Pameran Hartanah MyRumah I di Bangsar, Kuala Lumpur awal tahun ini tetapi kerana terlalu banyak ilmu mengenai hartanah yang dikongsika­n oleh penceramah, saya terus bersemanga­t dan sanggup ke sini.

“Antara tip yang saya peroleh selepas menghadiri ceramah di Bangsar ialah tidak perlu membayar wang deposit 10 peratus daripada harga jualan rumah dan saya sudah pun membeli kediaman baru dengan mendapat 18 peratus rebat,” katanya.

Pameran yang memasuki tahun kedua penganjura­n itu menampilka­n pelbagai tawaran menarik daripada lapan pempamer selain pelbagai aktiviti menarik.

Lapan pempamer berkenaan adalah The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Meridian East (Mah Sing), Komtar JBCC, Sharp, LG Electronic­s, UDA Land, Kumpulan Andaman dan Takaful Ikhlas.

Pameran Hartanah MyRumah II adalah platform terbaik bagi orang ramai mendapatka­n maklumat terus dan tawaran hartanah terkini bagi merealisas­ikan impian memiliki rumah pertama.

 ?? Muhammad Sayuti Asa ?? Antara tip yang saya peroleh selepas menghadiri ceramah di Bangsar ialah tidak perlu membayar wang deposit 10 peratus daripada harga jualan rumah”
Muhammad Sayuti Asa Antara tip yang saya peroleh selepas menghadiri ceramah di Bangsar ialah tidak perlu membayar wang deposit 10 peratus daripada harga jualan rumah”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia