Harian Metro

LEPAS ANAK MENANTU PERGI

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

“Belum hilang lagi sedih selepas pemergian arwah anak saya (Suhana Mohamad) April lalu, kini menantu pula terkorban dalam kemalangan,” kata Fauziah Sulaiman, 55, ibu mentua Koperal Raja Asri Raja Mat, 29, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 63, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di sini, jam 12.57 tengah hari semalam.

Raja Asri yang bertugas di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan patah tangan kiri selepas motosikal terbabas.

Pada 16 April lalu, Suhana yang juga suri rumah berusia 30 tahun meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik ketika berbual menerusi telefon bimbit yang dicas dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Desa Baiduri, Cheras.

Fauziah berkata, dia yang berada di rumahnya di Gua Musang, Kelantan menerima panggilan daripada ahli keluarga di Kuala Lumpur, jam 1 tengah hari semalam memaklumka­n mengenai kejadian menimpa Raja Asri.

Fauziah kemudian menghubung­i besannya yang berada

ditunggang­nya di Kampung Padang Serai, Guntung Luar di sini.

“Memang terkejut apabila dapat tahu berita itu sebab arwah anak baru saja pergi dan kini giliran menantu. Kesihatan saya juga kurang mengizinka­n sejak kematian Suhana kerana dia anak perempuan tunggal daripada tujuh beradik.

“Lebih menyedihka­n apabila mengenangk­an nasib dua cucu, masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia lima dan dua tahun, yang kini yatim piatu,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Fauziah, Raja Asri baru bertugas di Setiu dan dua cucunya dijaga arwah

„ Ibu terkejut menantu maut dalam nahas kemalangan

sejak kematian anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superinten­dan Elias Abu Bakar berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa menunggang motosikal Honda RD CB400 dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu, Kelantan.

“Tiba di lokasi, motosikal ditunggang mangsa terbabas sebelum melanggar tebing di bahu jalan. Akibatnya, mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat.

“Jenazahnya diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumia­n di Kampung Padang Serai,” katanya.

Menurut Elias, mangsa sebelum ini bertugas di Bukit Aman dan baru bertukar ke IPD Setiu, 16 Julai lalu.

 ??  ?? RAJA Asri maut selepas terbabas di KM 63 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu.
RAJA Asri maut selepas terbabas di KM 63 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia