Harian Metro

BAGAI DAH TAHU AJAL TIBA

- Nor Farhani Che Ad am@hmetro.com.my

„ Anggota polis hantar pesanan kepada tunang sebelum maut nahas

“Orang rasa mesti akan terjadi apa-apa pada keluarga tapi tak semua. Orang tak minta tapi risau dengan mak ayah.”

Itu kandungan mesej pelik dihantar Mohd Zabani Zakaria, 25, kepada tunangnya, Putri Nurul Nisa Nazri, 22, menerusi WhatsApp, Khamis lalu seolah-olah mengetahui ajalnya sebelum mangsa terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 104.1 Lebuhraya Utara-Selatan di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.50 pagi itu, mangsa meninggal dunia selepas motosikal ditunggang­inya melanggar bahagian kanan lori sebelum terjatuh lalu digilis beberapa kenderaan lain.

Putri Nurul Nisa berkata, arwah bagaikan tahu yang dia akan pergi namun terkilan apabila impian mereka untuk bersatu kurang daripada sebulan berkecai selepas arwah terbabit dalam kemalangan.

“Mengikut perancanga­n, kami akan bernikah pada 25 Ogos diikuti majlis di sebelah keluarga saya dua hari selepas itu dan kenduri di sebelah keluarga arwah pada 31 Ogos.

“Semua persiapan sudah siap dan sebahagian daripada jemputan juga sudah dipanggil, namun saya reda ketentuan yang berlaku kerana Allah lebih sayangkann­ya,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, semalam.

Menurutnya, arwah banyak menunjukka­n perubahan sejak kebelakang­an ini apabila lebih banyak berdiam berbanding sikapnya yang mesra dan suka bergurau selama mereka berkawan sejak 2013.

Sementara itu, ibu mangsa, Siti Mariam Saad, 63, berkata, ketika kejadian, arwah anaknya dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Alor Setar.

“Arwah ada menelefon kami lebih kurang 11.30 malam tadi (kelmarin) memaklumka­n akan pulang selepas dia habis kerja.

“Namun, saya nasihatkan dia supaya balik esok saja (semalam) kerana sudah terlalu lewat malam, namun tidak menyangka dia tetap balik malam itu juga,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, mangsa yang juga anggota polis dari Balai Polis Batu Feringgi dipercayai meninggal dunia selepas motosikal ditunggang­inya melanggar bahagian kanan lori sebelum terjatuh lalu digilis beberapa kenderaan lain.

“Kejadian berlaku apabila motosikal mangsa melanggar bahagian kanan lori yang berada di lorong kiri sebelum mangsa terjatuh lalu digilis kenderaan lain.

“Mangsa meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan sebelum jenazah dihantar ke HSAH untuk dibedah siasat,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? PUTRI menunjukka­n gambar kenangan (gambar kecil) bersama tunangnya, Mohd Zabani yang maut dalam kemalangan di Kilometer 104.1, Lebuhraya Utara-Selatan.
PUTRI menunjukka­n gambar kenangan (gambar kecil) bersama tunangnya, Mohd Zabani yang maut dalam kemalangan di Kilometer 104.1, Lebuhraya Utara-Selatan.
 ??  ?? PUTRI bersama Siti Mariam (tengah) ketika menunggu di bilik mayat Hospital Sultan Abdul Halim.
PUTRI bersama Siti Mariam (tengah) ketika menunggu di bilik mayat Hospital Sultan Abdul Halim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia