Harian Metro

BUDAK TUA

- Agensi

„ Kanak-kanak empat tahun nampak seperti warga emas 80 tahun akibat penyakit ganjil

Seorang budak lelaki berusia empat tahun tidak ubah seperti warga emas 80 tahun akibat penyakit dihidapi yang menyebabka­nnya jauh lebih tua daripada umur sebenar.

Bayezid Hossain, dari Magura di selatan Bangladesh mempunyai wajah sembap, mata cengkung serta kulit menggelebe­h seperti orang tua.

Malah, dia turut mengalami masalah sama seperti warga emas apabila sendinya sering sakit selain sukar membuang air kecil dan giginya semakin longgar serta rapuh.

Orang kampungnya sering menjauhkan diri dan kanak-kanak juga takut bermain dengannya walaupun Bayezid sangat bijak.

Dia dipercayai menghidap progeria yang menyebabka­n badan menua lapan kali kadar biasa.

Keadaan itu dikatakan menjadi inspirasi di sebalik novel oleh F Scott Fitzgerald yang dijadikan filem, The Curious Case of Benjamin Button lakonan Brad Pitt yang melihat watak utamanya dilahirkan tua dan menjadi

New Delhi: muda secara fizikal semakin meningkat usia.

Pesakit progeria lazimnya mati akibat sakit jantung atau strok pada usia sekitar 13 tahun.

Bayezid juga menghidap cutis laxa (kulit gelambir) yang menyebabka­n kulitnya menggelebe­h.

Ibunya, Tripti Khatun, 18, berkata, anaknya amat bijak walaupun keadaan fizikalnya pelik.

“Dia cuma belajar berjalan pada usia tiga tahun, tetapi giginya sudah tumbuh sepenuhnya ketika dia baru tiga bulan.

“Dia tidak nampak seperti budak lain, rupanya memang seperti orang tua. Dia satu-satunya anak saya dan sebagai ibu, tidak sanggup melihatnya sebegini,” katanya.

Pertumbuha­n fizikal Bayezid abnormal, tetapi dari segi mental dia bijak berbual, amat matang dan mempunyai naluri yang kuat memandangk­an usianya baru tiga tahun.

Katanya, ketika Bayezid dilahirkan di hospital kerajaan pada 2012, dia dan suami, Lovelu Hossain, 22, terkejut dan sedih kerana doktor tidak tahu bagaimana untuk merawatnya.

“Saya takut melihatnya ketika dia dilahirkan. Dia seperti makhluk asing, memang luluh hati melihatnya.

“Doktor tidak tahu apa yang patut dilakukan. Mereka tidak pernah melihat bayi seperti itu dan memberi amaran tiada apa yang boleh dilakukan,” katanya. Sementara itu, pakar perunding dari Hospital Pusat Magura, Debashis Bishwas percaya Bayezid cuma mampu hidup sehingga usia 15 tahun.

 ??  ?? BAYEZID nampak seperti lelaki berusia 80 tahun. TRIPTI bersama anaknya.
BAYEZID nampak seperti lelaki berusia 80 tahun. TRIPTI bersama anaknya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia