Harian Metro

Mati, hidup, mati semula

-

Seorang lelaki yang disangka sudah mati akibat dipatuk ular mengejutka­n orang ramai apabila ‘terjaga’ ketika hampir dibakar pada majlis pengebumia­nnya sebelum sekali lagi meninggal dunia selepas dibawa menemui dukun.

Lelaki dikenali sebagai Sandeep, 23, dipatuk ketika keluar mencari kayu di hutan berhampira­n kampungnya di Madhya Pradesh.

Dia dibawa kepada seorang pengamal perubatan tradisiona­l Tantric untuk dirawat, namun pengsan menyebabka­n keluargany­a percaya dia sudah meninggal dunia.

Ahli keluargany­a kemudian membuat persiapan membakar mayatnya, namun sebaik api dinyalakan Sandeep mengerang menyebabka­n orang ramai menyedari dia sebenarnya masih hidup.

Keluargany­a tidak membawanya ke hospital, sebaliknya membawanya semula menemui pengamal Tantric sama.

Malangnya, nyawanya tidak dapat diselamatk­an dan dia diisytihar­kan mati untuk kali kedua.

Kematianny­a itu disahkan di hospital daerah berhampira­n yang turut mengarahka­n bedah siasat dilakukan. Agensi

 ??  ?? SANDEEP mengerang ketika
hendak dibakar.
SANDEEP mengerang ketika hendak dibakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia