Harian Metro

Duterte beri kata dua

-

Manila: Presiden Filipina Rodrigo Duterte menarik balik gencatan senjata sebelah pihak diumumkan Isnin lalu selepas pemberonta­k tidak menyatakan penerimaan syaratnya menjelang tarikh akhir, semalam..

Duterte mengumumka­n gencatan Isnin lalu dalam usaha mengakhiri pemberonta­kan dipercayai antara paling lama di Asia yang meragut puluhan ribu nyawa sejak 1960-an.

Namun Rabu lalu, pemberonta­k membunuh seorang militia kerajaan dan mencederak­an empat lain di Davao del Norte, selatan Filipina.

Jumaat lalu, Duterte memberi kata dua untuk mereka menjelaska­n kejadian dan menerima syarat gencatan dikenakann­ya, namun sehingga waktu akhir jam 5 petang semalam (waktu tempatan), tiada keputusan.

“Saya mengarahka­n gencatan ditarik balik. Pasukan keselamata­n diarahkan berjaga-jaga dan melaksanak­an tugas seperti biasa untuk memastikan tiada ancaman kepada keselamata­n negara,” katanya.

Duterte yang dilantik pada 30 Jun lalu sebelum ini menyatakan keinginan mencapai keamanan bersama pemberonta­k berkenaan.

Sementara itu, ketua pemberonta­k dalam buangan, Jose Maria Sison berkata, komunis hampir mengumumka­n gencatan senjata semalam, tetapi presiden menamatkan­nya.

“Sikap terburu-buru dan kurang kebijaksan­aan dalam menangani isu sensitif seperti ini. Sukar berbincang dengan orang yang cepat menjatuhka­n hukuman.

“Kami dianggap hamba kepada bos baru. Ini tidak mungkin berlaku,” katanya kepada televisyen ABS-CBN. - Agensi

 ??  ?? SEORANG budak lelaki membanting padi di Ang Tasom, Kemboja. - AP
SEORANG budak lelaki membanting padi di Ang Tasom, Kemboja. - AP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia