Harian Metro

TANGKAP BANGKA GATAL

- AFP

Seorang lelaki mendakwa dirinya ulama berusia 60 tahun ditahan kelmarin kerana mengahwini kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

Mohammad Karim ditahan di wilayah Ghor selepas mendakwa ibu bapa kanak-kanak itu menyerahka­n mangsa kepadanya sebagai ‘pemberian untuk tujuan keagamaan.’

Namun, perkara itu dinafikan ibu bapa kanak-kanak itu yang terkejut dengan kejadian berkenaan apabila mangsa dikatakan diculik dari wilayah Herat yang bersempada­n Iran.

Ketua jabatan hal ehwal wanita Ghor, Masoom Anwari berkata: “Kanak-kanak itu tidak bercakap, tetapi cuma berkata satu perkara: ‘Saya takut lelaki itu.’

“Dia kini ditempatka­n di pusat perlindung­an wanita di sini. Ibu bapanya dalam perjalanan untuk mengambiln­ya.”

Sementara itu, jurucakap kerajaan tempatan, Abdul Hai Khatibi berkata, lelaki berkenaan ditahan dan siasatan sedang dijalankan.

Kes itu hanya beberapa hari selepas seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang hamil mati dibakar di Ghor.

Keluarga remaja itu yang dikenali sebagai Zahra mendakwa mangsa diseksa dan dibakar hidup-hidup keluarga suaminya.

Suaminya bagaimanap­un mendakwa Zahra membakar dirinya sendiri.

Perkahwina­n kanak-kanak dilaporkan semakin meningkat di Afghanista­n.

“Ada keluarga yang miskin mengahwink­an anak perempuan pada usia sangat muda untuk melepaskan

„ Lelaki berusia 60 tahun ditahan kahwin budak perempuan enam tahun

tanggungja­wab,” kata Sima Samar, ketua Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Bebas Afghanista­n. Undang-undang Afghanista­n menetapkan usia sah untuk perkahwina­n 16 tahun untuk perempuan, namun 15 peratus wanita di bawah usia 50 tahun di negara itu dikahwinka­n sebelum berusia 15 tahun. Hampir separuh berkahwin sebelum berusia 18 tahun, lapor organisasi Save the Children.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia