Harian Metro

26 mati ‘ditolak’ masuk gaung ‘HAUS’ DARAH MANGSA PERTAMA

- Agensi

Peshawar: Sekurang-kurangnya 26 orang, kebanyakan­nya kanak-kanak terbunuh selepas kenderaan membawa rombongan pengantin lelaki ke majlis perkahwina­n dihanyutka­n banjir ke dalam gaung di kawasan pergununga­n di Pakistan.

Mereka yang maut termasuk 18 kanak-kanak dan enam wanita, kata pihak berkuasa.

Pegawai kerajaan tempatan wilayah Khyber, Rahimullah Mehsud berkata, operasi mencari dan menyelamat sudah selesai dengan 26 mayat ditemui.

Katanya, pasukan keselamata­n dan penduduk menghadapi kesukaran mencari mangsa disebabkan keadaan muka bumi yang bergunung selain kawasan terpencil.

Kejadian berlaku apabila lori pikap membawa rombongan pengantin lelaki seramai 29 orang dibadai air banjir di Khyber.

Tiga yang terselamat dibawa ke hospital. - AFP

Seorang budak perempuan berusia 14 tahun mengaku dirinya ‘psikopat’ selepas cuba membunuh teman wanita abangnya yang berumur 15 tahun dengan mengelar leher mangsa hanya kerana mahu mencuba mencabut nyawa mangsa pertamanya.

Kali J Bookey, 14, didakwa sebagai seorang dewasa selepas ditahan polis Khamis lalu atas tuduhan cuba membunuh mangsa yang diserang di dalam bilik tidurnya sendiri.

Kali dikatakan mengaku cuba melemaskan mangsa sebelum menghempas­kan mangkuk kaca pada kepala mangsa sehingga pecah seterusnya mengelar leher gadis itu menggunaka­n serpihan kaca.

Kali meninggalk­an mangsa untuk mati sebelum menghubung­i polis dan mendakwa dia diculik.

Bagaimanap­un, mangsa terselamat dan mengenal pasti Kali sebagai penyerangn­ya.

Syerif Derah St Croix, John Shilts berkata: “Ini kejadian paling teruk pernah saya lihat apatah lagi membabitka­n suspek yang terlalu

„ Budak akui diri psikopat kelar leher teman wanita abang

muda.

“Saya masih sukar mempercaya­i kejadian ini.”

Kali akan dihadapkan ke mahkamah pada 8 Ogos ini.

 ??  ?? SEORANG lelaki menangis
ketika mendoakan mangsa yang
terbunuh di Kashmir. -
Reuters
SEORANG lelaki menangis ketika mendoakan mangsa yang terbunuh di Kashmir. - Reuters
 ??  ?? KALI
KALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia