Harian Metro

Anak, bapa nasib sama

-

Moscow: Atlet baling tukul besi Sergey Litvinov

dan bapanya mempunyai banyak persamaan, nama yang sama, sukan yang sama dan kini masing-masing mencatat sejarah terlepas peluang ke Olimpik.

Penggantun­gan persekutua­n olahraga Russia terhadap isu doping seluruh negara itu akan menafikan hasrat atlet berusia 30 tahun itu mencipta kejayaan di Olimpik, seperti juga kesan pemboikota­n Soviet dari Sukan Olimpik Los Angeles 2014 memberi kesan terhadap bapanya dan juga jurulatih, atlet baling tukul besi legenda Soviet Sergey Litvinov.

Kedua-dua bapa dan anak menyedari persamaan dalam karier mereka dan berharap kenangan pahit 1984 tidak berulang 30 tahun kemudian.

“Tiada apa yang baik dalam perkara ini,” kata Litvinov Sr selepas melihat

(gambar)

anaknya diketepika­n dari Rio seperti mana dia diketepika­n pada 1984.

Tidak seperti ramai atlet Russia yang digantung, Litvinov dan bapanya mengkritik pihak berkuasa sukan Russia serta kegagalan mereka mengubah sistem anti doping yang dibelenggu skandal sebelum atlet trek dan padang bertanding di Rio.

Litvinov Sr, 58, berpendapa­t politik era Perang Dingin mempengaru­hi keputusan untuk mengenepik­an Russia.

Beliau menyalahka­n pihak berkuasa sukan itu kerana pendekatan pasif dalam menangani isu berkenaan.

Anaknya yang bertanding di peringkat remaja dan kejohana dunia 2009 di Jerman sebelum bertelagah dengan persekutua­n itu dan menyebabka­nnya menukar negara, menolak pendapat popular di Russia di mana penggantun­gan itu adalah konspirasi Barat yang mahu menyingkir­kan pencabar hebat.

“Saya tidak mempunyai pandangan negatif terhadap Barat,” katanya selepas acara trek dan padang yang diadakan untuk atlet yang digantung.

“Anda perlu melihat masalah dalam diri anda sendiri. Tiada asap tanpa apinya.” -AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia