Harian Metro

117 ATLET DIGANTUNG

- AFP

„ IWF hukum atlet angkat berat Russia sertai Olimpik

Penggantun­gan terhadap semua atlet angkat berat Russia memberikan tamparan hebat buat negara itu sebelum mesyuarat Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa yang pastinya didominasi dengan pelbagai skandal doping.

Kritikan terhadap perkampung­an atlet di Rio pula menambahka­n kegusaran menjelang Sukan Olimpik yang akan bermula dalam tempoh seminggu.

Persekutua­n Angkat Berat Antarabang­sa (IWF) menggantun­g semua lapan atlet angkat berat Russia, lima lelaki dan tiga perempuan ke Rio.

Semua 117 atlet Russia daripada 387 yang disenarai awal Jawatankua­sa Olimpik Russia kini dilarang daripada menyertai Olimpik.

Mereka termasuk 67 atlet trek dan padang.

“Reputasi angkat berat sudah pun terjejas teruk berulang kali di pelbagai peringkat oleh atlet Russia, jadi satu hukuman sewajarnya perlu dikenakan bagi mengekalka­n status sukan itu,” kata IWF.

“Kami mahu memberi perhatian terhadap statistik mengejutka­n dan memalukan yang dikaitkan dengan atlet angkat berat Russia.”

Antara yang digantung termasukla­h juara dunia Artem Okulov selain Ruslan Albegov memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik London 2012 dan Tatiana Kashirina pemenang pingat perak.

IOC berdepan kritikan hebat kerana tidak mengarahka­n penggantun­gan sepenuhnya terhadap Russia selepas laporan bebas menyatakan berlakunya kes doping yang didalangi negara berkenaan di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 di Sochi.

Eksekutif IOC akan bermesyuar­at selam dua hari untuk membincang­kan krisis itu dengan mesyuarat sepenuhnya pada esok.

(gambar)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia