Harian Metro

Kediaman kontinjen Australia terbakar

-

Rio de Janeiro: Kontinjen Olimpik Australia terpaksa mengosongk­an kediaman mereka di Rio de Janeiro selepas kebakaran kecil di kawasan letak kereta bawah tanah menyebabka­n asap memenuhi ruang tangga.

Jurucakap pasukan Australia Mike Tancred berkata kira-kira 100 atlet dan pegawai mengosongk­an banguan di kawasan perkampung­an atlet.

Kawasan itu terdiri daripada 31 bangunan dan akan memuatkan 18,000 atlet dan pegawai pada kemuncak temasya itu yang bermula dalam tempoh seminggu.

“Ruang tangga itu dipenuhi asap tetapi api hanya berada di kawasan tempat letak kereta dan tiada siapa pun yang cedera,” kata Tancred dalam satu kenyataan.

Insiden kebakaran itu pastinya akan menarik perhatian terhadap persediaan Rio yang banyak kepincanga­nnya yang dicemari isu virus Zika, pencemaran air, jenayah dan jualan tiket perlahan.

Tancred berkata pasukan berkenaan kembali ke bilik masing-masing selepas 30 minit.

Insiden berkenaan berlaku selepas minggu penuh tekanan apabila Australia enggan masuk ke bangunan itu, menjelaska­n isu kebocoran gas dan paip, pendawaian elektrik dan isu kebersihan.

Sekurang-kurangnya beberapa lagi pasukan turut mengadu masalah yang menjejaska­n kira-kira 400 daripada 3,600 bilik. -AP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia