Harian Metro

RANIERI MAHU PEMAIN REALISTIK

- AFP

Memiliki gelaran sulung Liga Perdana Inggeris serta tempat di kalangan skuad bola sepak elit Eropah, ramai mungkin menjangkak­an Leicester City mengharapk­an lebih banyak kejayaan bakal diraih selepas ini.

Namun jurulatih Foxes dari Itali, Claudio Ranieri mahu pemainnya berpijak di bumi nyata, menegaskan sasaran musim 2016-17 kekal sama seperti 12 bulan sebelumnya iaitu mengelak penyingkir­an.

“Permulaan musim ini sama seperti yang lalu iaitu mencapai 40 mata, mantapkan pasukan dan percaya kepada diri sendiri,” kata jurulatih berusia 64 tahun itu.

Leicester yang tidak diletakkan sebagai pasukan pilihan, menjulang kejuaraan buat kali pertama sepanjang 132 tahun sejarah kelab mereka Mei lalu, juga memberikan Ranieri gelaran domestik pertama sepanjang kariernya.

Mereka bakal menguji kekuatan dalam aksi pra-musim, Piala Juara-Juara Antarabang­sa di Los Angeles dengan juara Perancis, Paris Saint Germain.

Ranieri yang pastinya menggalas tugas lebih sukar, dilihat sibuk dalam pasaran perpindaha­n pemain, memecah rekod kelab dua kali dalam seminggu untuk mendapatka­n pemain tengah Perancis Nampalys Mendy pada harga £13 juta (RM69.3 juta) dan penyerang Nigeria Ahmed Musa pada harga £16.6 juta (RM88.5 juta).

Satu daripada perkara yang memeningka­n Ranieri menjelang aksi pembuka tirai musim ini menentang Hull adalah mempertaha­nkan pemain bintangnya, ketika pesaingnya di Liga Perdana Inggeris yang berbelanja besar menawarkan mereka kontrak lumayan.

Pemain tengah Wales Andy King, satu-satunya pemain dalam era Liga Perdana yang menjulang gelaran dalam ketiga-tiga divisyen memberikan semangat kepada pengurusny­a dengan menandatan­gani kontrak baru selama empat tahun semalam.

Pemain berusia 27 tahun yang membuat penampilan sulung bersama Leicester pada 2007, menyertai Ben Chilwell, 19, yang terus komited di Stadium King Power selain Jamie Vardy

„ Pengendali Leicester itu sasar kekal di Liga Perdana

yang menolak tawaran Arsenal.

Namun pemain tengah bertahan N’Golo Kante meninggalk­an kelab itu awal bulan ini dengan menyertai Chelsea untuk kontrak lima tahun dilaporkan bernilai £32 juta (RM170.6 juta)

Rakan sepasukan Kante, pemain Algeria Riyad Mahrez, turut menjadi tumpuan spekulasi perpindaha­n termasuk Kasper Schmeichel dan Danny Drinkwater.

Ranieri bagaimanap­un berkata beliau mengharapk­an ketiga-tiga mereka kekal di kelab itu sebaik jendela perpindaha­n ditutup.

“Saya fikir mereka akan terus bersama kami, cuba untuk memperbaik­i keputusan mungkin lalu. Kami sedar ia amat sukar tetapi kami bercita-cita tinggi,” kata Ranieri.

 ??  ?? RANIERI (kanan) memantau latihan skuad Leicester.
RANIERI (kanan) memantau latihan skuad Leicester.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia