Harian Metro

Karius patah tangan, rehat 10 minggu

-

London: Penjaga gol baru Liverpool dari Jerman Loris Karius dijangka direhatkan selama 10 minggu apabila tangannya patah ketika mereka tewas 0-1 dalam perlawanan persahabat­an menentang Chelsea pada jelajah Amerika Syarikat.

Pemain berusia 23 tahun yang menyertai Reds pada harga £4.7 juta (RM25 juta) dari Mainz Mei lalu, secara tidak sengaja tertumbuk rakan sepasukan Dejan Lovren ketika cuba menepis hantaran pada perlawanan di Pasadena, California, Rabu lalu.

Karius terus bermain biarpun tangannya cedera sebelum sejam perlawanan dan pemeriksaa­n sehari selepas itu mengesahka­n berlakunya keretakan.

Dia diterbangk­an kembali ke Britain pada Jumaat dan dijangka menjalani pembedahan, lapor media British.

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp dijangka menurunkan Karius pada perlawanan pembuka tirai Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal 14 Ogos ini namun penjaga gol Belgium, Simon Mignolet dijangka terus mempertaha­nkan posisinya.

Mereka juga memiliki bekas penjaga gol Arsenal Alex Manninger, 39, yang menyertai kelab itu secara percuma dari Ausburg bulan lalu. -Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia