Harian Metro

Supuksorn anggap trek mencabar

- Azahar Hashim sukan@hmetro.com.my

Kulim: Saingan Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix 2016 Sirkit 2 di Lukut, Negeri Sembilan pada Oktober depan bakal menjadi tumpuan ramai pelumba kebangsaan dan tempatan berdasarka­n sambutan baik yang diterima pada Sirkit 1 di Kulim Hi-Tech Park yang berakhir semalam.

Saingan Sirkit 1 mendapat sambutan memberansa­ngkan apabila seramai 1,500 pelumba menyertain­ya termasuk beberapa pelumba handalan Thailand, selain dari Singapura, Hong Kong dan United Kingdom (UK). Kulim: Peserta dari Thailand Supuksorn Nantana yang mewakili pasukan Thailand All Star muncul juara Kategori Terbuka Wanita pada saingan Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix 2016 Sirkit 1 di Kulim Hi-Tech Park, semalam. Pelumba kebangsaan Thailand berusia 27 tahun itu mencatat masa 1:35:59s untuk muncul juara diikuti naib juara Masziyaton Mohd Radzi dari SBS Giant 1:41:41s dan ketiga milik peserta Thailand dari pasukan Thailand All Star, Sarocha Kamonlakho­n.

Supuksorn ketika ditemui selepas majlis penyampaia­n hadiah, berkata dia berasa teruja dan berbangga apabila diumumkan pemenang di kejohanan sulung tahun ini.

Katanya, trek offroad di Sirkit 1 Kulim Hi-Tech Park mempunyai cabaran tersendiri, namun pengalaman yang diperolehi ketika menyertai jamboree lain di Malaysia sebelum ini memberi sedikit kelebihan kepadanya.

“Laluan offroad cukup mencabar, namun saya dapat mengatasin­ya dengan mudah berbekalka­n pengalaman sebelum ini apabila menyertai acara berbasikal di Thailand dan luar negara termasuk di Malaysia.

“Saya yang sudah tiga tahun berada dalam skuad kebangsaan Thailand dan pengalaman itu banyak membantu saya untuk berada jauh dari kelompok utama.

“Bagaimanap­un saya tidak dapat menyertai Sirkit 2 (di Negeri Sembilan) dan Sirkit 3 (Johor) kerana perlu menjalani latihan dengan pasukan kebangsaan Thailand di luar negara,” katanya.

Katanya, penganjura­n Harian Metro MTB adalah yang terbaik dan berharap dapat menyertain­ya pada masa akan datang.”

 ??  ?? AKSI Masziyaton (kanan) ketika perlumbaan.
AKSI Masziyaton (kanan) ketika perlumbaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia