Harian Metro

Lukut jadi tumpuan

-

Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar berkata, sambutan diterima dalam acara sukan basikal lasak ini amat baik dan di luar jangkaan kerana pihaknya tidak menduga menerima bukan sahaja pelumba tempatan tetapi juga dari luar negara.

Katanya, walaupun lokasi yang dipilih adalah tempat baru, sambutan yang diterima amat baik sekali walaupun ramai pelumba kebangsaan tidak menyertain­ya kerana terbabit dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke-18 di Sarawak.

“Biarpun tanpa pelumba senior dan kebangsaan, ramai pelumba berbakat lain beraksi hari ini (semalam). Apapun pada Sirkit 2 di Lukut, Negeri Sembilan nanti dijangka lebih ramai pelumba akan menyertain­ya terutama pelumba kebangsaan.

“Saya percaya Sirkit 2 bertambah meriah dengan kehadiran ramai pelumba tempatan, kebangsaan selain dari negara jiran seperti Thailand dan Singapura yang dijangka tidak mahu melepas peluang,” katanya.

Mustapha berpuas hati dengan perjalanan perlumbaan yang berjalan lancar dan tidak menghadapi sebarang masalah daripada awal hingga akhir berikutan kerjasama baik semua pihak yang terbabit.

Harian Metro MTB mendapat tajaan utama daripada Kumpulan Affin Bank, di samping penaja lain seperti

Honda Malaysia, Universal Fitness & Leisure Sdn Berhad (UFL), Polygon, Proucell, Amskin, Giant, Julie’s Biscuit, Snickers, Restoran Nasmir, Restoran Subaidah dan Restoran Dinas, selain tajaan penginan Kulim Golf Resort.

Ia turut mendapat kerjasama Kulim Technology Corporatio­n Sdn Bhd, Pihak Berkuasa Tempatan Kulim Hi-Tech, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech, Hospital Kulim dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kulim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia