Harian Metro

Formula baru mampu selesai masalah: Khairy

- Mohd Hanafis Abdul Haris hanafis@hmetro.com.my

Batu Pahat: Formula bagi menyelesai­kan kemelut melanda Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diharap mampu menyumbang kepada kebangkita­n dan kesinambun­gan pembanguna­n skuad kebangsaan sekali gus mengembali­kan kegemilang­an bola sepak negara.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau akan membentang­kan formula itu selepas sesi pertemuann­ya dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam tempoh beberapa hari ini.

Khairy berkata, dengan adanya formula itu, pertikaian yang berlaku dalam FAM dengan persatuan-persatuan bola sepak negeri dapat dihentikan memandangk­an akhir tahun ini, akan berlangsun­g Kejohanan Piala AFF dan kelayakan Piala AFC tahun depan.

“Saya cuba mencari masa untuk menghadap TMJ bagi mendapatka­n pandangan dan mengumpul formula daripada beliau. Selepas itu saya akan selaraskan formula terbabit untuk dibentangk­an kepada Exco FAM.

“Ia diharap dapat membantu memantapka­n lagi pengurusan FAM dan pembanguna­n bola sepak negara,” katanya pada majlis pelancaran Fit Malaysia Fasa 2 Johor di Stadium Batu Pahat,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia