Harian Metro

Vivian, Khe Wei teruja beraksi di Rio

- AidaAdilah­Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Beregu wanita negara Vivian Hoo-Woon Khe Wei begitu teruja untuk beraksi di temasya Olimpik Rio selepas empat tahun menunggu peluang itu.

Ketika pasangan lain berdebar, Khe Wei semakin tidak sabar dan yakin memberi yang terbaik biarpun sedar saingan yang diterima pasti sengit.

Dia yang ditemui sebelum berlepas ke Rio untuk menjalani latihan selama 10 hari di sana berkata, saat beraksi di Olimpik memang dinantikan­nya bersama Vivian dan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya dilihat cerah apabila diundi berada dalam Kumpulan C.

Mengulas

mengenai undian itu Khe Wei berkata, ia memberi kelebihan kepada mereka yang menduduki ranking ke-15 dunia untuk mara ke suku akhir.

“Saya harap dapat memberi aksi terbaik dan membawa pulang pingat untuk negara tidak kira apa warna.

“Peluang untuk menang agak cerah biarpun semua pasangan lain tidak akan mudah menyerah kalah.

“Namun apa yang penting adalah fokus, yakin dan memberi persembaha­n terbaik,” katanya.

Vivian-Khe Wei diletakkan bersama-sama pilihan ketiga kejohanan dari Indonesia, Nitya Krishinda Maheswar-Greysia Polii, pasangan Britain Heather Olver - Lauren Smith dan Poon Lok Yan-Tse Ying Suet dari Hong Kong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia