Harian Metro

Memang lumayan jadi artis

-

Namun, Mak Nani tegas hidup ikut perancanga­n untuk bahagia hingga kini

Artis sekarang bertuah menerima bayaran lumayan hasil berlakon atau menyanyi. Malah untuk pengkarya filem juga pelbagai insentif diterima untuk kelangsung­an mereka terus berkarya.

Selain bayaran tinggi, mereka yang popular juga menjadi rebutan sebagai duta produk dengan kontrak lumayan untuk tempoh tertentu. Semua ini memberikan kehidupan mewah kepada artis sekarang, mungkin jauh berbeza dengan artis dahulu.

Pelakon dan karyawan ketika zaman kegemilang­an Studio

Jalan Ampas di Singapura, mereka dibayar gaji bulanan serta diberi elaun makan dan perjalanan sama seperti pekerja kerajaan atau swasta.

Mampukah mereka hidup mewah sebagaiman­a artis sekarang? Hakikatnya, kita lihat kebanyakan mereka hidup sederhana melalui usia tua dan ada juga hidup senang dan bahagia bersama anak yang berjaya dengan kerjaya masing-masing.

Ada juga mengikut jejak langkah orang tua sebagai anak seni tetapi kebanyakan mereka memilih kerjaya lain.

Berbual dengan Datuk Rosnani Jamil baru-baru ini, pelakon dan pengarah veteran ini akui pelakon terkenal dahulu boleh hidup senang hasil daripada bayaran berlakon.

Cerita Rosnani yang mesra dipanggil Mak Nani, ketika bekerja dengan Shaw Brothers dan Cathay Keris di Singapura dulu, pada mulanya dia diberi gaji bulanan RM150 sebulan dan kalau berlakon filem diberi bonus RM300.

Suami pula, Datuk Jamil Sulong sebagai penolong pengarah menerima gaji RM300 dan kalau mengarah filem diberi RM500 tambahan. Gaji mereka akan dinaikkan dan pada satu masa pernah gaji Mak Nani mencecah RM300 sebulan.

Mereka juga diberi rumah dan elaun makan RM1 sehari dan kalau penggambar­an di luar kawasan studio, turut diberi elaun tambahan.

Kalau kita lihat jumlahnya memang kecil tetapi ketika itu nilai RM150 agak tinggi dan kalau dibandingk­an dengan gaji guru atau pegawai kerajaan lain ketika itu, memang lumayan jadi pelakon.

Dengan gaji itulah

Mak Nani dan Pak Jamil membesarka­n anak.

Pasangan ini juga mempunyai perancanga­n tersendiri untuk anak iaitu mahu mereka belajar sehingga ke peringkat universiti.

Mereka mahu anak mempunyai kerjaya yang lebih baik seperti doktor, peguam, juruterban­g dan lain-lain.

Anak dihantar ke sekolah Inggeris dan demi memastikan kehidupan mereka lebih terjamin dan tidak dipengaruh­i dunia filem, Mak Nani dan Pak Jamil sanggup menyewa rumah.

Ada anak pelakon dan pengarah dari kecil jadi pelakon ekstra tetapi bagi

Mak Nani dan Pak Jamil, anak harus pergi ke sekolah.

Ramai mencemuh pilihan mereka tetapi kini

Mak Nani boleh berbangga kerana anaknya, Muniarty, Arjunaidi, Anwardi dan Asnadi semuanya berjaya melanjutka­n pelajaran hingga ke peringkat tinggi dan mempunyai kerjaya dan kehidupan yang baik.

Pada usianya kini menjangkau 80 tahun dan tinggal sendirian selepas pemergian Pak Jamil pada 25 September 2014, Mak Nani terharu diberi kehidupan yang baik dan dikeliling­i anak, cucu dan cicit yang menyayangi­nya.

“Alhamdulil­lah, saya kini hidup senang menumpang rezeki anak. Malah Pak Jamil selalu berpesan pada anak supaya memastikan mak tidak hidup susah kalau bapak tiada.

“Bapak mahu mak tiada masalah duit apabila dia tiada. Selama berkahwin dari 1953, bapak adalah suami yang sangat baik dan sabar menjaga mak serta anak,” katanya.

Mak Nani mengatakan kalau berlakon, mengarah, tulis skrip serta menyanyi seperti Tan Sri P Ramlee, lagi besar gaji diterima hingga mendapat RM30,000 untuk satu filem. Bayangkan jumlah sebanyak itu ketika zaman 1960-an.

Katanya, paling penting mesti tahu menguruska­n wang dan gaji diterima dengan baik untuk menjamin kehidupan yang baik pada masa depan.

Ketika ini Mak Nani berada di Perancis menghadiri Festival Filem Apchat bersama anaknya, Anwardi mewakili filem Kerja Kahwin. Anwardi adalah pengarahny­a dan

Mak Nani seorang seorang pelakonnya.

 ??  ?? POSTER Mawar Putih.
POSTER Mawar Putih.
 ??  ?? BERSAMA anak, Anwardi dan Arjunaidi serta cucu, Arjunaidi.
BERSAMA anak, Anwardi dan Arjunaidi serta cucu, Arjunaidi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia