Harian Metro

Tunggu Saharul Ridzwan perkenal bakal isteri

-

Cerita pelakon meningkat naik, Saharul Ridzwan bakal bernikah bukan lagi rahsia malah sebelum ini pun dia pernah menyatakan sudah bertemu wanita pilihan hati dan memilih tarikh 16 September depan ini untuk melangsung­kan majlis pernikahan dan persanding­an.

Cuma dalam menghitung hari, nampaknya tarikh yang ditunggu itu semakin hampir. Ada lebih kurang sebulan lebih saja lagi.

Khabarnya segala persiapan untuk majlis pernikahan dan persanding­an juga rancak berlangsun­g dan kad jemputan kahwin pun sudah siap ditempah.

Sebelum ini Saharul pernah menyatakan sebelum tarikh majlis pernikahan tiba, dia dan bakal isteri akan mengadakan satu majlis sidang media khas bagi mengumumka­n kerja kahwin yang dirancang.

Bagi peminat setia Saharul, pasti mereka tidak sabar hendak mengetahui siapakah wanita yang berjaya memenangi hati pelakon itu.

Cik Pang dengar cerita, sejarah percintaan Saharul dengan bakal isteri sangat menarik. Walaupun sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan beberapa wanita juga teman artis, ternyata jodohnya dengan bakal isteri terlalu kuat.

Mereka berkenalan lebih enam tahun lalu tetapi selepas Saharul aktif berlakon, hubungan mereka terhenti tetapi cincin yang pernah dihadiahka­n Saharul kepada wanita pilihan hatinya enam tahun lalu menjadi pengikat untuk mencantumk­an kembali cinta mereka yang pernah terputus sebelum ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia