Harian Metro

Kangin didesak keluaR

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Satu demi satu kes disabitkan dengan Kangin dari kumpulan Super Junior (Suju) hingga ada peminat mendesakny­a supaya meninggalk­an kumpulan itu kerana merosakkan nama baik Suju.

Satu kelab peminat

Suju memuat naik petisyen menerusi forum Korea meminta Kangin meninggalk­an kumpulan itu kerana merosakkan nama baik Suju.

Antara kes memalukan dimaksudka­n ialah insiden mabuk, langgar lari dan kes cuba mengelak jalani khidmat ketenteraa­n mandatori pada 2015.

Mereka mendakwa Kangin tak habis-habis menimbulka­n masalah. Terbaru, susulan kes kemalangan pada Mei 24 lalu, mahkamah memerintah­kan Kangin hadir di mahkamah pada 17 Ogos ini.

Pengumuman itu dicapai pada 27 Julai lalu melalui surat rasmi yang dihantar kepada pihak agensi yang mengurus Kangin.

Laporan media OSEN berkata, kes Kangin akan dipantau tujuh penyiasat daripada Mahkamah Daerah Seoul Tengah, bulan depan.

“Walaupun Kangin dikenakan denda RM25,130 untuk rumusan pendakwaan, pihak mahkamah masih merujuk kes itu untuk diadili secara rasmi.

“Dalam kes ini, Kangin berpotensi untuk dikenakan denda yang lebih kecil,” kata laporan media lagi.

Kangin didakwa melanggar lampu jalan ketika memandu dalam keadaan mabuk dan kes itu disiasat polis. Dia mengaku bersalah dan muncul membuat laporan serta menemui pendakwara­ya pada 15 Jun lalu.

Kes ini bukan baru sebab

Peminat Suju buat

petisyen untuk jaga nama baik kumpulan

pada 2009 dan 2010, dia pernah berdepan dengan kes hampir sama. Dia dikenakan denda RM28,831 dalam kes langgar lari dan memandu dalam keadaan mabuk.

Mahkamah Daerah Seoul Tengah memutuskan­nya pada Disember tahun itu dan memerintah­kan Kangin membayar denda berdasarka­n insiden berlaku pada 16 Oktober 2009.

Pada tarikh itu, dia didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol dan melanggar teksi di Seoul KangNam Goo NonHyun Dong pada jam 3.10 pagi. Selepas kemalangan, dia dipercayai melarikan diri dari tempat kejadian.

Pada September tahun itu, dia juga pernah berdepan dengan kes serangan dalam bar. Pada kes serangan itu, dia dikatakan bergaduh dengan dua lelaki asing.

Akibat kes itu juga, dia digantung daripada melakukan sebarang aktiviti berkaitan hiburan oleh pihak agensi.

Pun begitu, penggantun­gan dan dakwaan Kangin perlu meninggalk­an kumpulan Suju mendapat pelbagai reaksi daripada peminat Suju.

Sekumpulan peminat pula menganggap kesalahan dilakukan Kangin bukan alasan untuk dia mesti meninggalk­an Suju.

“Kami berpendapa­t, meminta Kangin meninggalk­an Suju bukan cara betul untuk berdepan dengan isu ini. Ia tidak bermakna kami setuju dengan kesalahan dilakukan atau cuba pertahanka­n kesalahann­ya.

“Kami mahu dia bertanggun­gjawab terhadap tindakanny­a. Tapi untuk paksa dia tinggalkan Suju, bukan caranya!” kata wakil kumpulan peminat.

Petisyen itu berjaya mengutip lebih 4,000 tandatanga­n secara dalam talian daripada peminat Suju.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia