Harian Metro

Kemas dalam senggang

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Blazer jadi pelengkap jean, kemeja pada majlis anugerah dan karpet merah

Menghadiri majlis yang turut menganjurk­an karpet merah, penting untuk selebriti tampil menarik agar mampu menarik perhatian dan lensa kamera.

Begitupun, ada antara selebriti lelaki tidak mahu terlalu bersiap dengan tampil lengkap berpakaian ‘three piece suits’ mahupun ‘black tie’.

Mereka lebih senang bergaya senggang dan memilih penampilan ringkas dengan hanya memakai kemeja dan jean sebagai pelengkap gaya.

Namun, bagi menghormat­i majlis selalunya kebanyakan mereka memilih blazer sebagai penyelamat memastikan kehadiran di majlis dihadiri tetap nampak kemas.

Selalunya bagi menampakka­n pemakaian mereka tetap segak, kebanyakan selebriti lelaki yang menghadiri majlis anugerah dan melalui karpet merah akan mengenakan blazer di bahagian luar.

Satu perkara mengenai pemakaian blazer, warnanya harus bertentang­an dengan kemeja mahupun kemejaT yang dipakai agar penampilan nampak lebih menyerlah seperti ditampilka­n Amar Asyraf, Syafiq Kyle dan Kaza Saisi.

Mark Adam bijak dalam menata gaya apabila menjadikan tali leher berwarna merah sebagai titik tumpu dan blazernya lebih labuh berbanding potongan biasa.

Penyanyi dan komposer juga adik ratu rock, Ella, Korie dan Shukri Yahya pula tampil dengan gaya sangat ringkas. Pemakaian blazer bagi melengkapk­an gaya agar mereka nampak ringkas.

Untuk gaya senggang ditampilka­n kena dengan penampilan, kasut sukan atau loafers adalah pilihan tepat.

Begitupun kalau dilihat hampir keseluruha­n selebriti lelaki yang tampil dengan gaya senggang ini memilih jalan selamat memakai blazer warna gelap atau pastel.

Sebenarnya mereka tidak akan kelihatan keterlalua­n andai memilih warna blazer lebih menonjol, garang atau berhias jemeki. Ia akan membuatkan penampilan mereka pasti mencuri tumpuan jurugambar mahupun peminat.

 ??  ?? SHUKRI Yahya
SHUKRI Yahya
 ??  ?? SYAFIQ
Kyle
SYAFIQ Kyle

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia