Harian Metro

Wani, Syuhada atur langkah

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Muncul dengan single baru Berteman Saja,

Bukan Dia untuk tambat hati peminat

Walaupun bernaung di bawah syarikat rakaman sama, laluan diharungi dua penyanyi remaja meningkat naik, Wani Kayrie, 16, dan Syuhada, 20, agak berbeza.

Wani atau Syazwani Abdullah melonjak naik selepas single Jangan Jangan nyanyianny­a menambat hati pendengar. Kini dia makin rancak mengatur langkah dengan mempertaru­hkan single terbaru, Berteman

Saja.

Berbeza dengan Syuhada atau Wan Syuhada Mohd Amin yang masih mengharap tuah untuk dikenali selepas tampil dengan dua single, Bahagia Pun Tiba dan Qesah Qasih.

Nyata dua lagu itu belum mampu membantuny­a untuk dikenali peminat. Bagaimanap­un, Syuhada tidak mahu cepat mengalah sebaliknya terus berusaha menambat hati pendengar dengan lagu baru.

Selepas muncul dengan single duet Tanpa Kamu bersama Iwere, kini tampil pula dengan lagu solo, Bukan Dia.

Dipertemuk­an dalam satu sesi fotografi baru-baru ini, dua penyanyi remaja yang menjadi artis Suria Records (SRC), makin bersemanga­t untuk terus melakar kejayaan.

Wani akui selepas single Jangan Jangan nyanyianny­a berjaya menambat hati pendengar, dia cukup berhati-hati dalam pemilihan lagu seterusnya.

Pun begitu, tertarik dengan genre muzik balada untuk lagu Berteman Saja ciptaan sepenuhnya Zul 2 By 2 hingga nekad untuk mencuba.

Katanya, Berteman Saja dianggap istimewa kerana ia memang dicipta khas oleh Zul untuknya.

“Meskipun saya tahu kini kebanyakan pendengar muzik tempatan lebih tertarik kepada genre pop, sambutan untuk lagu balada juga apa kurangnya.

“Saya sukakan Berteman Saja ini kerana ia satu cabaran menyanyika­n genre balada. Ternyata ia tidak mudah sebenarnya.

“Terus-terang, saya dapat merakamkan lagu ini dengan baik selepas tiga kali masuk studio rakaman. Dua rakaman sebelumnya kurang memuaskan,” katanya.

Wani akui lagu Jangan Jangan cukup membawa impak besar pada nama dan kariernya sebagai penyanyi baru dan kini terus menaruh harapan sama untuk Berteman Saja.

“Kalau lagu Jangan

Jangan sudah membuatkan bakat dan nama saya dikenali peminat, sudah tentu harapan besar dipertaruh­kan untuk single kedua ini. Apa pun, saya bersikap positif,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai genre muzik balada yang menjadi pilihannya,

Wani berkata dia sangat meminatiny­a.

Menurut gadis bersuara lunak ini, lagu balada sering menjadi pilihannya apabila menyertai sesuatu pertanding­an nyanyian.

Mula aktif menyanyi pada usia tujuh tahun,

Wani pernah menyertai pertanding­an Kamilah Bintang terbitan Astro ketika berusia 10 tahun dan menjadi juara.

Seperti penyanyi lain, Wani juga mempunyai impian untuk muncul dengan album. Apa pun katanya, dia enggan terburubur­u dan sambil lewa.

“Buat masa sekarang biarlah saya muncul dengan satu demi satu single dahulu. Selepas itu, baru fikir soal

 ??  ??
 ??  ?? WANI KAYRIE
WANI KAYRIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia