Harian Metro

Fazley ingat pesan ayah

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Tak akan tinggal

nyanyian walau kini lebih dikenali dalam dunia masakan

Seminggu sebelum meninggal dunia, bapanya berpesan apa juga berlaku dia tidak mahu anaknya meninggalk­an bidang nyanyian walaupun namanya kini lebih dikenali dalam dunia masakan.

Pesanan arwah ayahnya akan diingati penyanyi yang kini bergelar cef po pular, Datuk Fazley Yaaco b, 38, selepas menyertai Masterchef Selebriti Malaysia musim pertama dan bergelar juara.

Fazley yang mula dikenali dengan lagu Asmara Ini pada 2001 akui dia kini lebih dikenali ramai sebagai jurumasak. Malah banyak anugerah dan pencapaian dipero leh menerusi bidang masakan.

“Pesan arwah ayah, sejauh manapun saya pergi dalam dunia masakan tetapi jangan sekali-kali lupakan nyanyian. Apatah lagi saya dikenali umum menerusi lagu Asmara sehingga digelarAba­ng Asmara sebelum ini.

“Begitupun, kejayaan yang saya raih dalam bidang masakan juga adalah berkat do a kedua-dua ibu bapa saya,” katanya.

Fazley yang juga mengikat tujuh ko ntrak sebagai duta jenama berkaitan bidang masakan menegaskan, disebabkan do a dan restu ibu bapanya itu juga menyebabka­n banyak kejayaan diraih walaupun masih baru menceburi bidang masakan.

“Saya sebenarnya melihat perkembang­an kerjaya saya sebagai cef selebriti sebagai satu peluang.

Malah ia seakan-akan semakin dekat di hati apabila pelbagai tawaran yang saya terima sama ada mengendali­kan resto ran, menjayakan pro gram masakan mahupun menjadi duta.

“Banyak pihak percayakan kemampuan saya dan ia sedikit sebanyak meniup semangat saya untuk terus mengembang­kan bakat yang ada (bidang masakan),” katanya.

Atas alasan itu juga, bapa empat anak ini mengambil keputusan melanjutka­n pelajaran dalam Jurusan gastro no my di Universiti Reims, Perancis yang dijangka tamat Okto berdepan.

“Harap dengan ilmu yang dipero leh, saya mampu mengembang­kan lagi kerjaya dan pengetahua­n dalam bidang masakan,” katanya.

Fazley juga bangga kerana buku resipi dihasilkan, My Sucre Sto ry menjadi juara dalam pertanding­an buku resipi antarabang­sa, The Wo rld Go urmand

Co o kbo o k Awards yang diumumkan di Yantai, China, Mei lalu.

Pertanding­an itu dianjurkan o leh Go urmand Internatio nal, Barcelo na, Sepanyo l yang mana hampir205 negara bertanding.

“Saya sedarapabi­la penampilan saya sebagai cef lebih meno njo l, membuatkan saya cuba mengimbang­kan dengan kerjaya seni.

“Sebenarnya pada Ramadan dan Syawal ini, saya memasarkan album ko mpilasi himpunan lagu raya sejak zaman

Asmara Ini seperti Ku Mo ho n Maaf

Sayang.

“Album ini turut memuatkan lagu baru Seribu Kemaafan dan ia saya dedikasika­n kepada arwah bapa. Bayangkan sepanjang saya menghasilk­an lagu dan album ini, arwah bapa ada bersama.

“Bapa turut menyaksika­n segala pro ses yang dibuat. Disebabkan itu juga, setiap kali mendendang­kan lagu Seribu Kemaafan, saya akan berasa sebak,” katanya.

Selain album Asmara Ini, Fazley juga menghasilk­an album Cerita Asmara (2003) dan Lain (2005). Katanya, sudah lama dia tidak muncul dengan sebarang album.

“Apabila memasarkan album khas lagu raya ini, hati saya sebak kerana arwah bapa sudah tiada,” kata Fazley yang kehilangan ayah, Datuk Yaako b Mo hammad pada 8 Februari lalu.

Selain menyanyi, sewaktu awal pembabitan­nya dalam dunia seni

Fazley juga pernah berlako n dan membintang­i filem Janji Diana dan Gila Bo la.

Fazley akui sebelum ini banyak tawaran diterima tetapi kesibukann­ya dengan kerjaya baru sebagai cef selebriti membuatkan dia terpaksa meno lak tawaran yang datang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia